Ethnic Relations in Malaysia in Historical and Socialogical Perspectives
Main Article Content
Abstract
Kertas ini membahaskan bahawa persaingan sosio ekonomi dan nasionalisme komunal adalah dua prinsip struktur yang mempengaruhi sifat-sifat dan dinamis hubungan etnik di Malaysia. Penambahan ketegangan kaum selepas merdeka, terutamanya selepas 1969, memang banyak berkaitan dengan penambahan persaingan sosio-ekonomi di antara kaum Melayu dan kaum bukan Melayu. Selain dari itu, nasionalisme komunal Melayu memang mempengaruhi pembangunan negara dan hubungan etnik. Akan tetapi nasionalisme ini bersifat komunal dan ia tidak dapat menyatukan semua kaum di Malaysia. Sebenarnya di Malaysia yang merdeka, nasionalisme Melayu telah menggalakkan nasionalisme komunal Cina, nasionalisme komunal Kadazan, nasionalismе komunal Iban dan lain-lain. Masalahnya ialah kaum-kaum yang berbeza masih kekurangan satu fahaman yang bersama mengenai arah pembangunan negara -- satu "imaginasi" yang bersama mengenai Malaysia sebagai satu komuniti politik.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.