Pembangunan Kepimpinan Wanita: Membina Ilmu Watan bagi Kepimpinan Wanita Menerusi Kehidupan Tun Fatimah Hashim

Main Article Content

Muhammad Rahimi Hasan
Bahiyah Abdul Hamid

Abstract

Kajian ini tertumpu kepada aspek teoretis kepimpinan wanita berdasarkan pengalaman pemimpin wanita Melayu, sekali gus Malaysia iaitu Tun Fatimah Hashim (1924–2010). Selama empat dekad kepimpinannya, kedudukan politik Fatimah Hashim sebagai Ketua Kaum Ibu United Malays National Organization, (UMNO) (1956–1972) meletakkan beliau di barisan hadapan kepimpinan wanita. Selanjutnya, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kebajikan Am (1969– 1973) yang bermaksud menteri pertama dalam kalangan wanita Malaysia. Peranan Fatimah Hashim selaku Yang Dipertua National Council of Women's Organisations (NCWO) sejak 1965 sehingga 1989 mewajarkan lagi kepimpinan Fatimah Hashim dikaji selidik. Kesignifikanan penyelidikan kepimpinan Fatimah Hashim adalah kerana kelahiran dan pembangunan kepimpinan beliau pada era pramerdeka dan awal pascamerdeka yang bercakerawalakan masyarakat konservatif-patriarki. Ketika itu, masih lagi belum termaktub secara rasmi sebarang komitmen daripada pihak kerajaan untuk melindungi dan membela hak-hak wanita seperti Dasar Wanita Negara, mahupun Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) yang diratifikasi Kerajaan Malaysia pada tahun 1995. Kewujudan budaya patriarki yang masih tebal dan ketiadaan kerangka undang-undang bersifat membela dan memperkasa hak golongan wanita secara tidak langsung mewujudkan isu kepimpinan wanita. Pertama, sebab-musabab Fatimah Hashim diangkat dijulang sebagai pemimpin wanita Malaysia meskipun berada dalam persekitaran yang tidak mendukung pembangungan kepimpinan wanita – isu halangan wanita menjadi pemimpin masyarakat. Kedua, sebagai pemimpin wanita, Fatimah Hashim berusaha secara konsisten melawan persekitaran konservatif-patriarkal dengan mengartikulasikan tuntutan hak wanita – isu penerimaan masyarakat terhadap kepimpinan wanita. Ketiga, zaman yang serba mencabar itu mempengaruhi pencapaian perjuangan hak wanita yang dipimpin oleh Fatimah Hashim – isu keberkesanan kepimpinan wanita. Akhirnya, kajian ini menganjurkan agar penjelasan teoretis kepimpinan wanita berlandaskan ilmu watan dibangunkan. Hal ini kerana penjelasan pengalaman kepimpinan Fatimah Hashim berdasarkan penilaian teoretis para sarjana tempatan didapati lebih memuaskan berbanding penjelasan teoretis-empiris yang berpusatkan pengalaman Barat.

Article Details

How to Cite
Muhammad Rahimi Hasan, and Bahiyah Abdul Hamid. 2017. “Pembangunan Kepimpinan Wanita: Membina Ilmu Watan Bagi Kepimpinan Wanita Menerusi Kehidupan Tun Fatimah Hashim”. Kajian Malaysia 35 (1): 91–116. https://doi.org/10.21315/km2017.35.1.5.
Section
Articles

References

Andek Masnah Andek Kelawa. 1999. Kepimpinan wanita dalam Islam: Kedudukannya dalam syariah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizah Mokhzani. 1990. Fatimah: Srikandi sumber inspirasi. Kuala Lumpur: Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia. Berita Harian. 21 Ogos 1972.

______. 12 Oktober 1968.

______. 27 Mac 1963.

Dancz, V. H. 1987. Women and party politics in Peninsular Malaysia. Singapore: Oxford University Press.

Diari Fatimah Hashim. 1968. Eagly, A. H. and Carli, L. L. 2007. Through the labyrinth: The truth about how women become leaders. Massachusetts: Harvard Business School Press.

Ghazali Shafie. 1995. Rumpun Melayu dan bangsa Malaysia menjelang tahun 2020. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hoyt, C. L. 2007. Women and leadership. In Leadership: Theory and practice, ed. P. G. Northouse, 265–299. London: Sage.

Ibrahim Ahmad Aliyu. 2010. Protection of women's rights under the shari'ah. Petaling Jaya: Dakwah Corner Bookstore.

Jamilah Ariffin. 1992. Women and development in Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

Kamilia Ibrahim. 1998. The involvement of Malay Women in politics and the need for a paradigm shift. In Malaysian women in the wake of change, ed. Sharifah Zaleha Syed Hassan, 105–110. Kuala Lumpur: Gender Studies Programme, University of Malaya.

Mahani Musa. 2010. Wanita Melayu, kesedaran pendidikan dan pembentukan masyarakat Malaysia moden. Malaysia Dari Segi Sejarah 38: 1–24.

Mahfudzah Haji Mustafa. 2000. Kepimpinan politik: Pengalaman Ibu Zain. In Antara kebaya dan gaun: Pengalaman dan citra wanita Melayu zaman pra-merdeka, eds. Fuziah Kartini Hassan Basri, Zaharah Hassan and Bahiyah Abdul Hamid, 199–220. Bangi: Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.