Pemilikan Tanah Adat di Sarawak Semasa Pemerintahan Kerajaan Brooke
Main Article Content
Abstract
Banyak kesilapfahaman berhubung dengan sistem pemilikan tanah adat peribumi Sarawak berlaku semasa pemerintahan Brooke. Walaupun ketiga-tiga raja itu berazam untuk melindungi mereka, namun ketiadaan sebarang langkah yang bersungguh-sungguh untuk memperlembagakan sistem pemilikan tanah tersebut menyulitkan lagi keadaan, terutamanya apabila kerajaan mula menggalakkan perkembangan ekonomi eksport dan penglibatan pelabur-pelabut asing dan tempatan, termasuk peribumi sendiri. Dalam keadaan ini, peribumi telah menjadi mangsa kepada perkara yang paling dikhuatiri oleh Brooke sendiri, iaitu, kehilangan tanah yang disebabkan oleh kejahilan pihak kerajaan mengenai sistem tanah adat itu, mengenai ketidakfahaman peribumi berhubung dengan sistem ekonomi baru tang mereka ceburi, manupulasi orang-orang tengah.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.