Gerakan Reformis Anti-Kasta Di Kalangan Pengunting Rambut Orang India Di Pulau Pinang, 1926-1970
Main Article Content
Abstract
Dalam pergerakan reformis menentang amalan kasta di kalangan orang India di Semenanjung Tanah Melayu, peranan yang dimainkan oleh golongan pengunting rambut Maruthuvar Kula di Pulau Pinang adalah amat penting. Perjuangan mereka, yang dimulakan pada tahun 1926, akibat pengaruh dari India, akhirnya berjaya menghapuskan diskriminasi dalam amalan kasta di kuil-kuil, meningkatkan taraf sosial pekerjaan mereka dan membolehkan mereka mencapai taraf menghormati diri sendiri. Kajian ini berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi melalui temubual dan dokumen-dokumen seperti buku-buku rekod beberapa pertubuhan pengunting rambut Maruthuvar dan juga suratkhabar-suratkhabar Tamil.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.