Wong Pow Nee: Perintis Universiti Pulau Pinang, 1962-1969
Main Article Content
Abstract
Kepimpinan Wong Pow Nee (sekarang bergelar Tan Sri) sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama telah disalah faham oleh beberapa pihak sebagai lemah dan tidak dinamik. Ini disebabkan jasa beliau telah pun dibayangi oleh jasa penggantinya, Dr. Lim Chong Eu. Namun begitu, pentadbiran Wong selama 12 tahun, meliputi tiga tempoh (1957-1959, 1959-1964, 1964-1969), itulah yang meletakkan batu asas pembangunan negeri yang kemudiannya memudahkan perlaksanaan dasar-dasar Lim. Malah pencapaian Lim boleh dikatakan telah terlebih dahulu diusahakan, atau sekurang-kurangnya dirancang oleh Ketua Menteri pertama ini. Wong telah merancang dan melaksanakan pengindustrian negeri dan penubuhan Universiti Pulau Pinang. Kini dilupai bahawa ide dan rancangan membina sebuah jambatan menghubungkan pulau dengan tanah besar (kemudiannya diberi nama Jambatan Pulau Pinang) telah juga dirangka oleh beliau seawal 1969. Penelitian peranan Wong dalam mengasaskan Universiti Pulau Pinang, atau Universiti Sains Malaysia (USM) sepertimana dikenali hari ini merupakan matlamat kajian ini.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.