A Geographical Perspective Of Flood Hazard Creation And Perpetuation In Peninsular Malaysia
Main Article Content
Abstract
Kertas ini menunjukkan bahawa bahaya banjir bukannya hasil tunggal sistem semula jadi tetapi adalah akibat kombinasi sistem semula jadi dan sistem manusia. Di Semenanjung Malaysia, banjir adalah bahaya semula jadi yang paling umum dan ianya banyak dihasil dan dikekalkan oleh interaksi sistem peristiwa semula jadi dan sistem penggunaan manusia. Semenanjung Malaysia terletak dalam kawasan tropika lembap khatulistiwa di mana angin monsun bermusim membawa beberapa waktu hujan lebat yang sering menghasilkan banjir yang meluas, khasnya disepanjang wilayah Pantai Timur. Faktor geografi semenanjung merupakan sebab utama kenapa banyak wilayahnya sering dilanda banjir. Geografi fizikal dan manusia sama-sama mencetus bahaya banjir. Daripada segi geografi, ciri-ciri semula jadi seperti keterdedahan kepada angin monsun sejuk dan tekanan rendah monsun yang membawa hujan lebat bermusim, ribut perolakan hujan yang kuat, topografi rendah, saliran yang tidak mencukupi dan lain-lain faktor tempatan telah menghasilkan risiko banjir yang tinggi di kebanyakan tempat di semenanjung. Kawasan berhampiran dengan sungai dan dataran pinggir pantai sering dibanjiri, dengan kebanyakan tempat dibanjiri lebih daripada satu kali setahun. Dari segi geografi manusia pula, penggunaan dataran banjir baik secara sengaja atau tidak oleh manusia (pada masa dulu dan sekarang) seperti penanaman padi, kegiatan perikanan, pertanian ladang (terutamanya getah dan kelapa sawit), perlombongan timah dan perkembangan bandar dan lain-lain telah meningkatkan pendedahan manusia dan benda kepada bahaya dan kemusnahan di dataran banjir.
Article Details
How to Cite
Chan Ngai Weng. 1995. “A Geographical Perspective Of Flood Hazard Creation And Perpetuation In Peninsular Malaysia”. Kajian Malaysia 13 (2): 20-46. https://doi.org/10.21315/.
Issue
Section
Articles

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.