Ekonomi Masyarakat Melayu pada 1951-1955: Aktiviti RIDA, UMNO dan Dato' Onn Jaafar
Main Article Content
Abstract
Perbincangan mengenai ekonomi masyarakat Melayu sebelum merdeka tidak banyak diketahui umum. Ini kerana penumpuan lebih banyak dibuat mengenai kegiatan politik dan usaha-usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu itu sendiri. Di tempoh ini juga menyaksikan usaha-usaha penduduk bukan Melayu untuk mendapatkan kerakyatan dan kedudukan politik yang tetap di Tanah Melayu. Parti-parti politik dari semua bangsa berusaha mempengaruhi penduduk Tanah Melayu untuk mendapat mandat bagi membentuk kerajaan dan menuntut kemerdekaan. Dalam kesibukan ini, pengkaji sejarah tidak menyedari langsung pembentukan dasar ekonomi bagi orang Melayu, walhal ia adalah juga salah satu dasar politik kemerdekaan Tanah Melayu yang dirancang oleh British sebelum merdeka.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.