Bangsa, Minzu dan Nation: Satu Usaha Memahami Polemik Nasionalisme di Semenanjung Tanah Melayu, 1900 -1955
Main Article Content
Abstract
Konsep komuniti di kalangan satu kumpulan manusia lahir dalam keadaan kehidupan yang spesifik dan terus berubah secara dinamik kerana keadaan kehidupan kumpulan manusia yang berkenaan tidak statik tetapi selalu dalam proses mengalami perubahan. Maka, pemikiran mengenai komuniti perlu difahamkan dalam keadaan sejarah kumpulan manusia yang berkenaan. Dan, kerana bahasa ialah media pemikiran mengenai komuniti, maka semua konsep komuniti bersifat discursive, ia itu dibentuk melalui penggunaan dan fahaman bahasa serta berubah melalui wacana (discourse) tentang konsep itu. Oleh yang demikian, satu konsep komuniti, selain daripada bersifat discursive juga bersifat dialogic, ia itu bersifat bertindakbalas. Tindakbalas yang dimaksudkan ini bukan saja apa yang berlaku antara orang yang menggunakan konsep yang sama tetapi juga meliputi perbahasan dan persaingan (contestation) antara konsep komuniti yang berlainan dalam satu keadaan kemasyarakatan yang "sama".
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.