Foreign Workers in Malaysia: An Examination of the Construction Industry

Main Article Content

Abdul Rashid Abdul Aziz

Abstract

Industri pembinaan di Malaysia menyerap ramai pekerja asing. Tidak terlampau jikalau dikatakan yang tanpa mereka, sektor ekonomi yang penting ini tidak dapat berfungsi dengan lancar. Memandangkan penggunaan buruh binaan asing yang begitu tinggi di dalam negara, maka sememangnya tepat masanya kajian dilakukan ke atas sektor ini. Kertas ini menghuraikan sistem kontrak dan pengembelingan tenaga kerja dalam sektor pembinaan yang kondusif untuk buruh asing. Keadaan kerja yang lapok tidak menggalakkan remaja tempatan berkerja dalam sektor tersebut tetapi ia tidak menyekat buruh asing yang gigih mencari pendapatan sebanyak mungkin sementara mereka berada di Malaysia. Boleh dikatakan buruh asing ini terserap ke dalam suatu sistem dan persekitaran kerja yang telah lama wujud, tetapi kesanggupan mereka menerima dan menanggung berbagai beban dan kesusahan membantut usaha-usaha pembaharuan sistem kerja dalam sektor pembinaan. Nampaknya, tenaga asing akan terus menjadi sebahagian penting daripada tenagakerja binaan Malaysia bagi tahun-tahun akan datang. Oleh itu, kerajaan dan industri perlu menggembeling tenaga untuk memastikan supaya pekerja tetamu ini dilayan sewajarnya.

Article Details

How to Cite
Abdul Rashid Abdul Aziz. 1996. “Foreign Workers in Malaysia: An Examination of the Construction Industry”. Kajian Malaysia 14 (1&2): 151-82. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles