The Politics Of Development And The 1996 Sarawak State Elections
Main Article Content
Abstract
Pilihanraya negeri Sarawak tahun 1996 merupakan suatu peristiwa politik yang agak tenteram berbanding dengan pilihanraya-pilihanraya negeri yang lepas pada tahun 1987 dan 1991 yang sengit dan penuh ketegangan. Parti Barisan Nasional merasa cukup yakin dengan kedudukan mereka sebagai parti pemerintah negeri akibat penguasaan semua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebelum pembubaran DUN pada bulan Ogos 1996. Lagipun, kelemahan parti pembangkang serta ketiadaan unsur-unsur ketidakpuasan hati daripada mana-mana puak politik di dalam parti-parti Barisan Nasional Sarawak menyumbang kepada keteguhan kedudukan Barisan Nasional Sarawak sebelum pilihanraya 1996.
BN mendekati pilihanraya 1996 dengan penuh keyakinan dan menggunakan strategi "Politik Pembangunan" (PP) mereka sebagai asas kepada strategi kempen pilihanraya. Manifestasi kempen PP ini jelas ternampak dalam pengagihan projek-projek pembangunan dan pemberian sumber-sumber awam serta wang untuk menjaminkan kemenangan bagi pihak BN dalam pilihanraya tersebut. Pengagihan sumber-sumber awam, projek serta wang dalam pilihanraya ini sebenarnya merupakan suatu tindakan memberi rasuah untuk mengumpan undi.
Penggunaan strategi PP pada masa pilihanraya membawa kesan penting. Ia memperdalamkan sindrom bantuan subsidi (subsidy syndrome) di kalangan rakyat biasa serta merumitkan lagi "budaya membeli undi" dengan pemberian-pemberian wang, sumber awam serta projek-projek pembangunan. Pemenang pilihanraya Sarawak 1996 adalah parti BN. Akan tetapi, yang kalah dalam pilihanraya tersebut bukan hanya parti politik pembangkang sahaja tetapi proses demokrasi serta kepentingan rakyat biasa.
Article Details
How to Cite
Andrew Aeria. 1997. “The Politics Of Development And The 1996 Sarawak State Elections”. Kajian Malaysia 15 (1&2): 57-83. https://doi.org/10.21315/.
Issue
Section
Articles

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.