Understanding Politics In Sabah And Sarawak: An Overview
Main Article Content
Abstract
Dalam pendahuluan ini beberapa ciri proses-proses politik, ekonomi dan sosial di Sabah dan Sarawak dibandingkan dengan proses-proses yang berkaitan di Semenanjung Malaysia. Ia juga menjelaskan beberapa hujah yang diketengahkan oleh penulis-penulis yang lain dalam karya ini. Empat pola semasa dalam perkembangan politik Sabah dan Sarawak dikenalpasti dan dihuraikan. Keempat-empatnya adalah: pendominasian politik Sabah dan Sarawak oleh kaum Bumiputera Muslim ekoran daripada kemerosotan pergerakan nasionalisme etnik Kadazandusun dan Dayak pada tahun 1990an; penginstitusian proses politik disebabkan parti-parti politik dan birokrasi semakin mantap di Sabah dan Sarawak; penggantian politik perkauman dan kedaerahan oleh satu proses politik baru yang memberi keutamaan kepada pembangunan, malah bercirikan 'politik wang'; dan, pindahan kuasa daripada kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak ke arah Kerajaan Persekutuan, khasnya disebabkan kehendak-kehendak peruntukan pembangunan lebihan daripada Kuala Lumpur yang, menurut perlembagaan negara, bertanggungjawab ke atas agihan dan peruntukan belanjawan pembangunan negara.
Article Details
How to Cite
Francis Loh Kok Wah. 1997. “Understanding Politics In Sabah And Sarawak: An Overview”. Kajian Malaysia 15 (1&2): 1-14. https://doi.org/10.21315/.
Issue
Section
Articles

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.