Sabah And Sarawak In Malaysia: The Real Bargain, Or What Have They Gotten Themselves Into?

Main Article Content

Lim Hong Hai

Abstract


Walaupun Sabah dan Sarawak diberikan peruntukan kuasa yang lebih berbanding dengan negeri-negeri Semenanjung sewaktu Malaysia ditubuhkan, namun kerajaan pusat telah berjaya melaksanakan kawalan ke atas kerajaan negeri, menyekat perkembangan politik yang tidak diingininya, dan mewujudkan pola kehidupan politik di Sabah dan Sarawak yang serupa dengan di Semenanjung Malaysia. Dengan menggunakan pengalaman federalisme di Malaya sebagai latarbelakang, rencana ini meneliti proses dan strategi yang digunakan oleh parti pemerintah di peringkat pusat untuk mencapai kawalan terhadap Sabah dan Sarawak dan sebab-sebab kejayaannya. Hujah bahawa perbezaan etnik menyokong otonomi negeri diteliti semula dengan membandingkan Sabah dan Sarawak dengan negeri Kelantan, yang biasanya telah berjaya mengelakkan cengkaman parti kerajaan pusat. Rencana ini selanjutnya meneliti implikasi kawalan parti kerajaan pusat ke atas otonomi kerajaan Sabah dan Sarawak berbanding dengan negeri-negeri lain. Perbandingan demikian menghasilkan satu tipologi untuk negeri-negeri di Malaysia dari segi bentuk dan darjah kawalan oleh parti yang memerintah di peringkat pusat. Ia juga menunjukkan bahawa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak akan terus menikmati lebih otonomi daripada negeri-negeri lain di Persekutuan Malaysia.

Article Details

How to Cite
Lim Hong Hai. 1997. “Sabah And Sarawak In Malaysia: The Real Bargain, Or What Have They Gotten Themselves Into?”. Kajian Malaysia 15 (1&2): 15-56. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles