Nota Penyelidikan Tentang Cara Menangani Keperluan Harian Di Kalangan Suri Rumah Di Kampung Setinggan Di Sandakan, Sabah
Main Article Content
Abstract
Antara tahun 1989 dan 1996, Malaysia telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat. Ekonomi negara tumbuh pada kadar melebihi 8% setahun (Mid-term Review of the Sixth Malaysia Plan 1991-1995). Purata pendapatan kasar isirumah bulanan di Malaysia telah meningkat kepada RM1,563 pada 1993 dengan peningkatan dicatatkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mengikut Wawasan 2020, kepesatan pertumbuhan ini akan membolehkan Malaysia mencapai taraf Negara Perindustrian Baru dan menjadi contoh kepada dunia ketiga. Walau bagaimanapun persoalan masih lagi wujud terutamanya tentang agihan faedah pembangunan di antara golongan. Apatah lagi didalam keadaan kegawatan ekonomi yang melanda sekarang ini lebih-lebih lagi bagi golongan yang sememangnya daif. Persoalan ini membawa kita menilai kualiti kehidupan dan keperluan kelompok manusia yang masih dibelenggu kemiskinan.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.