Conflict and Conflict Management in Southeast Asia: Trends and Paterns

Main Article Content

Kamarulzaman Askandar

Abstract

Rantau Asia Tenggara merupakan rantau yang dibelenggu oleh bermacam jenis konflik dari dulu lagi. Konflik-konflik ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu di peringkat antarabangsa dan juga peringkat domestik atau dalam negara. Langkah-Iangkah yang digunakan untuk mengurus dan menyelesaikan konflik-konflik ini juga tertakluk kepada peringkat konflikkonflik tersebut, disamping beberapa perkiraan lain yang perlu diambil oleh negara-negara yang terlibat, seperti faktor-faktor politik, ekonomi, sosial dan keselamatan. Rencana ini memulakan perbincangan dengan memberikan gambaran umum ten tang keadaan konflik di rantau ini. Perbincangan kemudiannya beralih kepadct huraian teori-teori pemetaan konflik sebagai permulaan kepada pembinaan satu kerangka teoritikal bagi membincangkan konflik-konflik di rantau ini. Seterusnya, rencana ini membincangkan apakah tren dan corak umum konflik dan penyelesaian konflik di rantau info Peranan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam pengurusan konflik yang wujud di rantau ini juga dibincangkdn dalam bahagian terakhir rencana ini. Perbincangan tentang kes-kes konflik dan penyelesaian konflik di peringkat antarabangsa dan domestik kemudiannya diteruskan dalam rencana-rencana lain dalam edisi ini. Kesimpulan yang boleh dibuat daripada rencana ini dan juga lain-lain rencana dalam edisi ini ialah bahawa terdapat kaedah-kaedah lazim yang biasa digunakan dalam pengurusan dan penyelesaian konflik di rantau ini. Walau bagaimanapun, keadaan semasa memerlukan penilaian semula kaedah-kaedah ini untuk memastikan keadaan aman dalam ertikata yang sebenarnya dapat diwujudkan.

Article Details

How to Cite
Kamarulzaman Askandar. 2000. “Conflict and Conflict Management in Southeast Asia: Trends and Paterns”. Kajian Malaysia 18 (1&2): 1-29. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles