Reviewing the Asean Regional Forum (ARF) and its Role in Southeast Asian Security
Main Article Content
Abstract
Forum Serantau ASEAN (ARF) merupakan satu forum kerjasama yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk menangani isu-isu keselamatan dalam era pasca Perang Dingin. Bermula dengan kesedaran bahawa era ini memberikan peluang kepada mercka untuk mencorakkan arah pendekatan yang digunakan dalam menentukan keselamatan rantau ini, negara-negara ASEAN seterusnya mengkaji kemungkinan untuk melibatkan negara-negara lain yang mempunyai kepentingan di rantau Asia Pasifik ini duduk semeja dan membincangkan isu-isu yang mempunyai pengaruh kepada mereka semua. Rencana ini membincangkan perkembangan ARF dari awal penubuhannya dan bagaimana ianya telah terpaksa menghadapi perubahan yang berlaku dalam senario politik serantau dan antarabangsa. Peranannya dalam mempromosikan keselamatan serantau dan antarabangsa secara lansung dan tidak lansung ditekankan. Beberapa masalah yang dihadapi oleh ARF terutama sekali kredibilitinya selepas krisis ekonomi melanda rantau Asia juga dibincangkan. Akhir sekali, rencana ini juga membincangkan pencapaian-pencapaian ARF setakat ini dan cabaran yang menantinya pada masa akan datang.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.