Domestic Politics and Conflict-Resolution in the South China Sea: China and the Spratlys Disputes

Main Article Content

J.N. Mak

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menganalisa kemungkinan penyelesaian konflik di kepulauan Sprailys, secara khususnya, dan juga di Laut China Selatan, secara umumnya. Ini akan dilakukan dengan mengkaji beberapa mekanisme kerjasama keselamatan dan ekonomi serantau seperti Kod Tingkahlaku ASEAN untuk kepulauan Spratlys (the ASEAN Code of Conduct for the Spratlys), Forum Serantau ASEAN (ASEAN Regional Forum), dan juga Bengkel-bengkel Pengurusan Konflik di Laut China Selatan (South China Sea Workshops on Managing Potential Conflicts). Artikel ini membuat tiga hujah utama. Pertama, mekanisme-mekanisme di atus telah berjaya untuk mengajak China berbincang kerana mereka telah mengambil kira kerisauan China tentang konsep multi-lateralisme dan sensitivitinya terhadap apa yang mungkin dilihat sebagai campur tangan dalam politik dalaman dan kedaulatan kebangsaan. Kedua, walaupun China secara hakikatnya akan menentukan hala tuju konflik ini, polisi China sebenarnya dipengaruhi oleh kombinasi faktor dalaman dan antarabangsa. Ketiga ialah pendekatan Parti Komunis China (CCP) dalam membangunkan negaranya yang melibatkan dua pola polisi yang berbeza, iaitu penggunaan konsep oloritarian untuk menjaga stabiliti dan kemakmuran negara, di samping membuka negaranya kepada konsep-konsep baru seperti demokrasi yang boleh menjanjikan penerusan pelaburan luar di negara ini. Kesemua perkiraan di atas memberi pengaruh kepada bagaimana konflik di Laut China Selatan ini dapat diurus dan diselesaikan dengan baik.

Article Details

How to Cite
J.N. Mak. 2000. “Domestic Politics and Conflict-Resolution in the South China Sea: China and the Spratlys Disputes”. Kajian Malaysia 18 (1&2): 87-119. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles