Internal Armed Conflicts and the Peace Process in the Phillipines
Main Article Content
Abstract
Filipina adalah sebuah negara yang selalu mengalami kebangkitan massa yang diketuai oleh pergerakan sosial bersenjata pada waktu yang kritikal dalam sejarahnya. Kumpulan-kumpulan bersenjata terus-menerus mencabar keesahan negara-bangsa Filipina walaupun terdapat pertukaran rejim yang telah melihat sistem Filipina bertukar daripada liberal-demokrasi kepada otoritarian dan kembali kepada demokrasi. Kumpulan-kumpulan bersenjata ini, yang menggunakan ketidakpuasan hati rakyat berkenaan isu-isu politik, sosial dan ekonomi, boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan komunis, pemisah Muslim, dan pemberontak militari. Pentadbiran Filipina dari dulu hingga sekarang sedar bahawa tindakan militari yang berpanjangan terhadap kumpulan-kumpulan ini akan mengakibatkan kos sosial dan ekonomi yang tinggi. Mereka seterusnya telah berusaha untuk memulakan perundingan untuk mencari penyelesaian bagi konflik-konflik tersebut. Rencana ini melihat apakah langkah-langkah perdamaian yang telah diambil di bawah pemerintahan pentadbiran Marcos, Aquino, Ramos, dan Estrada.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.