Challenges to the Asean Way: Musyawarah and Non-Interference
Main Article Content
Abstract
Rencana ini membincangkan perkembangan teknik pengurusan konflik dalam Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Tumpuan diberikan kepada perkembangan “Cara ASEAN” atau “ASEAN Way” yang melibatkan dua konsep utama iaitu “musyawarah” dan polisi tidak campurtangan dalam urusan domestik negara anggota. “Cara ASEAN” ini dipengaruhi oleh senario dan perkembangan politik serantau dan dunia dari tahun-tahun enampuluhan hinggalah sekarang ini. “Cara” ini juga dipengaruhi oleh budaya masyarakat serantau dan juga elit yang memerintah terutama semasa ASEAN baru ditubuhkan dulu. Kaedah yang digunakan ini bertujuan untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan negara anggota yang lain. Hubungan yang baik ini akan membolehkan negara anggota menumpukan perhatian kepada masalah lain seperti usaha untuk membangunkan negara umpamanya dan tidak kepada masalah antara negara. Kaedah ini juga bertujuan memastikan stabiliti serantau dapat dikekalkan. Ini dapat memastikan kuasa-kuasa besar dari luar tidak campurtangan dalam urusan politik serantau. Walau bagaimanapun, kaedah pengurusan konflik “Cara ASEAN” ini telah dapat banyak tentangan kerana dikatakan tidak membantu menyelesaikan masalah di rantau ini, terutama dalam-dalam tahun-tahun sembilanpuluhan yang menyaksikan pelbagai masalah baru timbul. Dalam ASEAN sendiri terdapat usaha untuk meluaskan skop pengurusan konflik ASEAN sejajar dengan masalah-masalah baru yang telah dan bakal timbul. Namun begitu, “Cara ASEAN” ini masih dilihat oleh kebanyakan pemimpin ASEAN sebagai mampu untuk menguruskan konflik di rantau ini dan mereka agak keberatan untuk menukarkannya dengan kaedah yang lebih baru dan formal.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.