China-Taiwan Relations and Implications for Security of Southeast Asia

Main Article Content

Luo Qi

Abstract

Hubungan antara China dan Taiwan mempunyai implikasi kepada keselamatan rantau Asia Tenggara. Ini adalah disebabkan kedudukan strategik kedua negara ini di utara rantau Asia Tenggara disamping hubungan yang rapat antara mereka dengan dengan negara-negara rantau ini. Kedua-dua negara ini mempunyai sejarah yang berkait antara satu sama lain. China dilihat sebagai sangat menghargai pelaburan Taiwan di tanah besar China, walaupun pada masa yang sama menjalankan dasar politik yang agresif terhadap Taiwan. Rencana ini melihat cara perhubungan ini dijalankan terutama sekali percanggahan antara polisi ekonomi dan politik. Perhubungan ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. pertama, peringkat konfrontasi militari dari tahun 1949 hingga 1978; kedua, peringkat peningkatan perhubungan ekonomi, politik dan kebudayaan, dari tahun 1979 hingga 1994; dan ketiga, peringkat penerusan interaksi ekonomi bersama kebuntuan perhubungan politik dari tahun 1995 sehingga sekarang ini. Rencana ini juga seterusnya mengkaji apakah implikasi perhubungan dua negara ini kepada negara-negara ASEAN.
Antara kesimpulannya ialah, perhubungan yang baik dan stabil akan meningkatkan kerjasama ekonomi antara kedua negara ini. Ini seterusnya akan meningkatkan kerjasama perdagangan dengan negara-negara ASEAN yang akan menguntungkan kesemua pihak. Sebaliknya konflik yang berterusan akan mengakibatkan peningkatan belanjawan pertahanan kedua-dua negara untuk memantapkan keupayaan militari mereka. Ini akan memberi pengaruh kepada stabiliti dan keselumatan Asia Timur dan Asia Tenggara, terutama sekali kepada negara-negara ASEAN yang mempunyai konflik dengan kedua negara ini.

Article Details

How to Cite
Luo Qi. 2000. “China-Taiwan Relations and Implications for Security of Southeast Asia”. Kajian Malaysia 18 (1&2): 171-87. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles