Clandestine Malaysian Workers In Japan: Fate And Fortune

Main Article Content

Abdul Rashid Abd Aziz

Abstract

Kertas in membincangkan hasil kajian lapangan yang telah meneliti rakyat Malaysia vang bekerja secara haram di Jepun. Walaupun terdapat kajian lampau mengenai pendatang asing yang bekerja secara tidak sah di Jepun, namun kajian yang memberi tumpuan khusus ke atas rakyat Malaysia amat berkurangan. Data dikumpul melalui temuramal secara individu dengan 90 lelaki yang pergi ke Kedutaan Malaysia di Tokyo untuk memperbaharui atau melanjutkan pasport Malaysia mereka. Kertas kerja ini member butir tentang aspek penting mengenai populasi kajian, iaitu magnitud aliran buruh, status kemasukan, halatuju (mengikut geografi dan sektor), pendorong migrasi, umur, tempat asal dan sikap kerja. Kajian ini menunjukkan yang anggapan umum, sangkaan dan mitos yang diutarakan oleh perbagai pihak tidak tepat, antaranya ialah peranan orang tengah dalam aliran buruh Malaysia-Jepun, penglibatan yakuza dalam perdagangan buruh, tanggapan yang pengaliran keluar tenaga kerja Malaysia mahir yang diganti pula dengan yang kurang mahir, penggenaan gaji minimum sebagai kaedah untuk mengurangkan pengaliran keluar tenaga kerja Malaysia, tarikan Jepun sebagai tempat bermastautin tetap dan sikap orang Jepun terhadap kerja '3-K'. Kertas keria ini menutup dengan menekankan beberapa isu yang patut penggubal dasar Malaysia berikan tumpuan dalam usaha membenteras pergerakkan buruh Malaysia-Jepun.

Article Details

How to Cite
Abdul Rashid Abd Aziz. 2001. “Clandestine Malaysian Workers In Japan: Fate And Fortune”. Kajian Malaysia 19 (2): 1-26. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles