The Impact of Trims on Malaysian Automotive SME Vendors

Main Article Content

Rokiah Alavi
Syezlin Hasan

Abstract

Tujuan Kertas kerja ini adalah untuk mengkaji kesan pemansuhan Program Kandungan Bahan Tempatan ke atas vendor yang selama ini amat bergantung kepada Proton. Majoriti pengeluar alat-ganti dan komponen, terutamanya industri kecil dan sederhana (IKS), mengatakan bahawa pemansuhan program ini akan menjejaskan jualan dan perniagaan mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa pengeluar IKS kebanyakannya menghadapi kos pengeluaran yang tinggi, tidak mempunyai daya-saing dan tidak efisien. Disamping itu, pengeluar IKS khasnya tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai pemansuhan program ini, walaupun selama ini perniagaan mereka bertahan dan berjaya disebabkan oleh bantuan kerajaan di bawah program Kandungan Bahan Tempatan. Ini bermakna, vendor-vendor Proton ini mungkin akan menghadapi kejutan, dan tidak bersedia apabila kerajaan memansuhkan program ini. Kesannya adalah kehilangan perniagaan, kerugian dan akhirnya banyak lagi kesan negatif yang berhubungkait dengan penutupan perniagaan yang mungkin akan timbul. Maka, adalah penting bagi pengeluar ini mencari jalan untuk memantapkan lagi kecekapan dan daya-saing mereka untuk menghadapi persekitaran perniagaan di mana bantuan dan sokongan kerajaan untuk pembangunan industri semakin berkurang akibat daripada tekanan dari luar.

Article Details

How to Cite
Rokiah Alavi, and Syezlin Hasan. 2001. “The Impact of Trims on Malaysian Automotive SME Vendors”. Kajian Malaysia 19 (2): 27-60. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles