The Legend by Sue Harris: A Critique of the Rundum Rebellion and a Counter Argument on the Rebellion
Main Article Content
Abstract
Artikel ini merupakan kritikan sepadu terhadap komen Sue Harris dalam artikelnya tentang Pemberontakan Rundum 1915. Di dalam artikelnya, beliau kurang memberi perhatian kepada ketepatan fakta sejarah serta gagal menggunakan kaedah antropologi yang sesuai, mengakibatkan Pemberontakan Rundum 1915 diberi gambaran sebagai satu penentangan yang didorong oleh magis, bersifat tidak rasional dan merupakan respons terhadap perubahan-perubahan yang dibawa oleh British di Borneo Utara. Hasilnya, penulisan Sue Harris tidak berbeza daripada penulisan-penulisan kolonial lain dan turut mereproduksi ilmu dan rasional kolonial di zaman pasca kolonial. Dengan itu, artikel ini menekankan penulisan semula sejarah perjuangan Murut dengan memberi penekanan kepada ketepatan sejarah dengan mengunakan rekod kolonial (colonial records) dan sejarah lisan sepertimana yang diperturunkan oleh masyarakat Murut sendiri dengan memberi penekanan kepada penggunaan kaedah antropologi dan analisis sejarah rekod kolonial yang jitu dan komprehensif. Hasilnya ialah sejarah pemberontakan Rundum 1915 telah dikonstruksi semula dan mempamerkan kelebihan dan kompleksiti pemberontakan baik dari segi struktur dan juga kepimpinan dan seterusnya melampaui penulisan-penulisan lain yang mengikuti gaya dan motif sejarah kolonial.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.