Konsep Keadilan Dan Pembangunan Dalam Islam: Beberapa Implikasinya Di Malaysia

Main Article Content

Muhammad Syukri Salleh

Abstract

Penulisan ini mengambil keadilan pengagihan sebagai satu aspek tumpuan, dan menegaskan bahawa keadilan pengagihan tidak semestinya berlaku di peringkat pengagihan alat-alat pengeluaran kerana mekanisme keadilan dalam Islam boleh terjadi di peringkat pengagihan keluaran. Mereka yang tidak berupaya mengerjakan alat-alat pengeluaran mempunyai secondary rights untuk turut sama diagihkan dengan faedah pembangunan di peringkat pengagihan hasil, walaupun mereka tidak berhubung dengan alat-alat pengeluaran di peringkat awalnya. Manakala mereka yang berhubung secara langsung dengan alat-alat pengeluaran mendapat bahagian hasil mereka melalui primary rights.

Article Details

How to Cite
Muhammad Syukri Salleh. 1984. “Konsep Keadilan Dan Pembangunan Dalam Islam: Beberapa Implikasinya Di Malaysia”. Kajian Malaysia 2 (1): 59-80. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles