Evolusi Perancangan Bandar Di Pulau Pinang
Main Article Content
Abstract
Artikel ini bertujuan mengesan evolusi praxis perancangan bandar di Bandaraya Georgetown dari awal zaman kolonial bila campurtangan kerajaan dalam hal-ehwal built environment terutama untuk meningkatkan keadaan sanitari yang amat buruk dan mengurangkan kadar penyakit berjangkit juga kebakaran besar-besaran. Sejak dari tahun 1930an, campurtangan kerajaan telah berkembang dalam penyediaan skim "layout" dan juga pelan perzonan untuk memelihara dan mengawal pembangunan tanah. Perancangan bandar adalah sama seperti perancangan guna tanah. Bersabit dari Akta Perancangan Bandar dan Wilayah 1976. Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah kini dikehendaki mengikut praxis perancangan rancangan struktur - pelan tempatan. Evolusi praxis perancangan bandar yang kebelakangan ini meminta perancang memahami struktur physical, alam persekitaran dan sosio-ekonomi kawasan perancangan sebelum menyediakan sesuatu perancangan yang mana dengan ini mereka mestilah mempunyai kebolehan untuk menyambung apa yang dimaksudkan oleh Harvey (1973) "sociological imagination" dan "spatial consciousness".
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.