Women's Participation in Household Decision Making and Implementation - A Case of Urban Low Income Households in Kuala Lumpur

Main Article Content

Zalilah Mohd Shariff

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesahihan instrumen untuk menilai pembuatan dan pelaksanaan keputusan dalam isi rumah oleh wanita. Secara khususnya, kajian in membandingkan penglibatan ibubapa dalam pembuatan dan pelaksanaan keputusan, seterusnya menentukan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembuatan dan pelaksanaan keputusan isi rumah oleh ibu. Subjek terdiri daripada wanita berbangsa Melayu daripada isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual dengan ibu dengan menggunakan borang soal selidik berstruktur yang telah diuji kesahihannya. Maklumat yang diperoleh dianalisis secara deskriptif serta menggunakan ujian-T berpasangan dan one-way ANOVA. Hasil kajian mendapati bahawa bapa lebih menglibatkan diri dalam proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan berbanding ibu terutamanya dalam aspek pendapatan dan perbelanjaan keluarga (p <0.001). Sementara ibu lebih mendominasi aspek-aspek berkaitan makanan dan penjagaan anak, kesihatan serta pemberian makanan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara penglibatan ibu dan bapa dalam proses pelaksanaan keputusan (p< 0.01) tetapi tiada perbezaan didapati dalam proses pembuatan keputusan. Secara keseluruhannya didapati ibu lebih menglibatkan diri dalam pelaksanaan keputusan berbanding pembuatan keputusan isi rumah. Terdapat perbezaan vang signifikan untuk penglibatan ibu dalam pembuatan dan pelaksanaan keputusan mengikut status pekerjaan dan pendapatan vang diperoleh oleh ibu. Ibu yang bekerja (p> 0.01) dan mempunyai pendapatan sendiri (p< 0.001) lebih menglibatkan diri dalam pembuatan dan pelaksanaan keputusan secara keseluruhan. Pekerjaan ibu dan pendapatan vang diperoleh mungkin merupakan antara faktor yang menyumbang kepada autonomi di kalangan wanita dan secara tidak langsung meningkatkan imej dan mempengaruhi status kesihatan dan pemakanan anak mereka. Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan kesasihan instrumen yang digunakan  dan menyokong kepentingan melihat proses pembuatan dan peksanaan keputusan isi rumah sebagai dua mekanisme yang berbeza.

Article Details

How to Cite
Zalilah Mohd Shariff. 2002. “Women’s Participation in Household Decision Making and Implementation - A Case of Urban Low Income Households in Kuala Lumpur”. Kajian Malaysia 20 (2): 33-56. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles