Tahap Pengurusan Kolaboratif dan Fenomena Pengurusan di Sekolah Menengah

Main Article Content

Tang Keow Ngang
Foo Say Faci
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie
Hj. Bahaman Abu Samah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap pengurusan kolaboratif, tahap kecenderungan penggunaan setiap sumber kuasa pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua, dan struktur organisasi. Di samping itu, kajian ini juga meninjau pengamalan budaya kerja guru dan tahap kebolehan guru. Kajian yang berbentuk tinjauan ini adalah berdasarkan 'Model Kitaran Pengurusan Kolaboratif Sekolah' oleh Caldwell dan Spinks (1988) dan 'Teori Sistem Empat Pengurusan' oleh Rensis Likert (1961). Sejumlah 310 orang guru dari 31 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis. Secara deskriptif, dapatan-dapatan kajian ini menunjukkan: (i) tahap pengurusan kolaboratif yang diamalkan di sekolah mereka adalah antara sederhana dan finggi; (ii) responden mempersepsikan pengetua mereka berkecenderungan tinggi menggunakan kelima-lima sumber kuasa; (iii) sebanyak 74.8 peratus responden mempersepsikan pengetua mereka berada pada tahap komunikasi penyeliaan yang sederhana; (iv) sejumlah 97.4 peratus responden mengamalkan budaya kerja yang positif; (v) sejumlah 71.3% responden berada pada tahap kebolehan responden yang sederhana; dan (vi) seramai 91.6 peratus responden mempersepsikan struktur organisasi mereka adalah leper dan luwes.

Article Details

How to Cite
Tang Keow Ngang, Foo Say Faci, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, and Hj. Bahaman Abu Samah. 2004. “Tahap Pengurusan Kolaboratif Dan Fenomena Pengurusan Di Sekolah Menengah”. Kajian Malaysia 22 (1): 65–85. https://doi.org/10.21315/.
Section
Research Note