Produktiviti bagi Sistem Pengajian Tinggi di Malaysia (Productivity in Higher Education System in Malaysia)
Main Article Content
Abstract
Kajian ini cuba menganalisis isu produktiviti dalam sistem pengajian tinggi Malaysia. Produktiviti merupakan nisbah output per unit input, namun output sukar diukur kerana tidak boleh menetapkan satu piawai untuk mengukur kualiti bagi seseorang graduan. Kebanyakan kajian berfokus kepada pengukuran kualiti bagi pengajian tinggi atau penggunaan least cost solution yang mementingkan kuantiti berbanding kualiti, dan kecekapan berbanding keberkesanan. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti cara pengukuran produktiviti yang terbaik dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mengkaji hubungan kecekapan sistem pengajian tinggi dengan pengangguran siswazah. Menggunakan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai kes kajian, produktiviti diukur melalui kecekapan dan keberkesanan. Kecekapan adalah pengukuran nisbah jumlah pelajar UUM dengan jumlah kos, dan keberkesanan merujuk kepada sejauhmana UUM memenuhi keperluan masyarakat. Kaedah regresi digunakan untuk menganggar hubungan jumlah penganggur siswazah dengan kos pendidikan dan kos pendidikan tinggi. Hasil kajian mendapati secara relatifnya, produktiviti UUM agak rendah apabila hanya separuh daripada jumlah graduan dapat pekerjaan dalam tempoh tiga bulan selepas mereka keluar dari universiti, dan lebih 40 peratus jatuh dalam kategori pengangguran. Keputusan analisis regresi menunjukkan bahawa kecekapan sistem pengajian tinggi berhubungan positif dan signifikan dengan pengangguran siswazah.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.