Konsep Fiqah Malaysia dalam Perundangan Islam: Satu Pengenalan (The Concept of Malaysian Fiqah in Islamic Law: An Introduction)
Main Article Content
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan sifat dinamik konsep fiqah dalam sistem perundangan Islam Malaysia yang menekankan kepentingan hubungan dengan Allah dan sesama makhluk. Teori utama yang digunakan adalah teori epistemologi hukum Islam yang menetapkan bahawa sifat kelestarian sistem hukum Islam hanya boleh dicapai melalui pembentukan kerangka epistemologi (apa, bagaimana dan untuk tujuan apa) yang jelas. Bagi mencapai objektif, kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data primer dan data sekunder yang dianalisis kemudiannya bagi membentuk teori konsep fiqah semasa yang lebih bersesuaian dengan realiti Malaysia. Hasil kajian ini mendapati konsep fiqah semasa telah mula difahami oleh masyarakat Malaysia. Namun begitu, kelangkaan masih lagi wujud dalam soal pemantapan konsep fiqah semasa ini dari segi kerangka konsep, rasionaliti, pendekatan dan epistemologi, yang sepatutnya dijalankan oleh pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Untuk itu, kajian ini telah cuba mengemukakan jalan penyelesaian kepada usaha pemantapan ini.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.