Mobiliti Sosial dalam Kalangan Komuniti Pesisir Pantai: Kajian Kes di Kuala Terengganu Social Mobility Among the Coastal Community: A Case Study in Kuala Terengganu

Main Article Content

Nor Hayati Sa'at

Abstract

Mobiliti sosial adalah satu proses perubahan atau pergerakan seseorang atau sesuatu kelompok daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain dalam sesebuah masyarakat. Perubahan itu boleh berlaku antara generasi dan juga secara intergenerasi. Artikel ini bertolak daripada pendirian teori bahawa tidak ada satu faktor semata-mata yang boleh menghuraikan mobiliti sosial. Sebaliknya, perubahan dalam bentuk mobiliti itu perlu dilihat dalam pendekatan "multi-causal" atau "multi-factoral". Untuk mobiliti sosial menegak seseorang itu memerlukan gabung jalinan faktor-faktor pendorong khususnya faktor pendidikan, ekonomi dan sosiobudaya, dengan aktor atau diri sendiri berperanan serentak dengan keluarga dan komuniti, serta negara/kerajaan. Kaedah tinjauan ke atas 300 orang responden, serta interviu dan pemerhatian telah dijalankan dalam komuniti pesisir pantai Kuala Terengganu. Kajian menunjukkan satu transformasi yang besar telah berlaku dalam komuniti pesisir ini berdasarkan perbandingan empat generasi nelayan yang bermula daripada datuk, bapa, responden sendiri dan anak responden. Berdasarkan analisis pengukuran mobiliti yang telah dibentuk untuk kajian ini, empat pola atau corak mobiliti sosial dalam kalangan komuniti pesisir pantai ini telah ditemui. Kajian ini menyumbang kepada korpus ilmu sosiologi pembangunan, khususnya kajian mengenai perubahan dan mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat pesisir. Hasil kajian ini telah meyakinkan pengkaji bahawa memiliki pendekatan yang tepat tentang masalah masyarakat pesisir pantai akan membantu kerajaan dan pihak berkepentingan lain untuk menggubal dasar dan melaksanakan program di kawasan ini yang boleh mendorong dan mengurus perubahan dan pembangunan komuniti yang terpinggir ini dengan lebih baik lagi.

Article Details

How to Cite
Nor Hayati Sa'at. 2011. “Mobiliti Sosial Dalam Kalangan Komuniti Pesisir Pantai: Kajian Kes Di Kuala Terengganu Social Mobility Among the Coastal Community: A Case Study in Kuala Terengganu”. Kajian Malaysia 29 (Supp. 1): 95–123. https://doi.org/10.21315/.
Section
Coastal Community, Mobility and Local Participation