Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan Dakyah

Main Article Content

Abdul Rahman Hj. Ismail

Abstract

Sejarah Melayu tidak mengandungi tarikh-tarikh, tetapi terdapat kisah-kisah di dalamnya yang benar-benar berlaku. Sejarah Melayu juga menceritakan kisah dan pernyataan yang bersifat tak sejarah dan kadang kala disifatkan sebagai “dakyah”. Aspek-aspek “dakyah” inilah yang menarik perhatian penulis rencana ini. Dia percaya jika digunakan dengan cermat dan kena pada tempatnya bahan “dakyah” ini boleh menjadi bahan sejarah yang penting. Ia sekurang-kurangnya dapat memperlihatkan suasana yang membawa kepada terhasilnya Sejarah Melayu dan sikap serta pandangan golongan yang menghasilkannya. Hal ini begitu ketara dalam perkara “kekuasaan mutlak raja” dan “ketaatsetiaan mutlak rakyat”. Oleh kerana Sejarah Melayu adalan hasilan penulis istana untuk “menyukakan” golongan istana, maka kecuali suatu pendekatan yang lebih saksama dan berhati-hati dibuat, besar kemungkinan corak pedakyahan yang berat sebelah itu akan terus menguasai suasana. Mudah-mudahan satu kajian mengenai Sejarah Melayu, satu yang lebih tepat, lebih menyeluruh dan lebih seimbang, yang juga melihat perkara dari kacamata rakyat dapat ditemui suatu hari nanti.

Article Details

How to Cite
Abdul Rahman Hj. Ismail. 1985. “Sejarah Melayu: Antara Sejarah Dan Dakyah”. Kajian Malaysia 3 (2): 25-35. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles