Kajian Perbandingan dalam Pentadbiran Undang-Undang Kutipan Zakat di Provinsi Aceh dan Negeri Kedah A Comparative Study of The Administration of Zakat Laws in The Province of Aceh and The State of Kedah

Main Article Content

Jasni Sulong
Anwar Mohd Ali

Abstract

Zakat adalah merupakan antara sumber kewangan negara bagi meningkatkan ekonomi masyarakat bawahan. Pengurusan kutipan dan agihan zakat yang efektif akan membangunkan kehidupan masyarakat. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji dan membandingkan pentadbiran Islam mengenai zakat di dua buah negeri, iaitu Aceh di Indonesia dan Kedah di Malaysia. Kedua-dua negeri ini mempunyai hubungan yang tersendiri apabila masing-masing mempunyai umat Islam yang ramai, majoritinya berbangsa Melayu dan merupakan antara wilayah yang awal menerima Islam di rantau ini. Fokus kajian adalah berdasarkan analisis pensejarahan, perkembangan ekonomi dan pembangunan, serta senario terkini dalam pentadbiran undang-undang zakat. Kajian akan menyelidik peranan zakat sebagai dana pembangunan untuk masyarakat Islam dalam sesebuah negeri, bentuk pengurusan dan pentadbiran undang-undang berkenaannya. Bagi tujuan ini, kajian dilakukan dengan menggunakan metod kualitatif dan temu bual ke atas beberapa responden bagi melihat aspek pentadbiran undang-undang Islam mengenai zakat. Penemuan menunjukkan bahawa penguatkuasaan undang-undang yang tegas, diikuti institusi yang teratur dengan kakitangan dan matlamat yang terfokus, dapat memberi impak kepada prestasi kutipan zakat serta keyakinan masyarakat kepada institusi ini untuk membayar zakat.

Article Details

How to Cite
Jasni Sulong, and Anwar Mohd Ali. 2012. “Kajian Perbandingan Dalam Pentadbiran Undang-Undang Kutipan Zakat Di Provinsi Aceh Dan Negeri Kedah A Comparative Study of The Administration of Zakat Laws in The Province of Aceh and The State of Kedah”. Kajian Malaysia 30 (1): 107–138. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles