Kehilangan Makna dalam Penterjemahan Chengyu ke dalam Bahasa Melayu (Loss of Meaning in the Translation of Chengyu into Malay)

Main Article Content

Boh Phaik Ean
Goh Sang Seong

Abstract

Makalah ini membincangkan fenomena kehilangan makna dalam penterjemahan chengyu ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan chengyu yang dikutip secara manual daripada tiga buah antologi cerpen berjudul Mala Adan (1988), Dalam Hujan Renyai (2000), Impian di Pelabuhan (2004) dan sebuah novel berjudul Keluarga (1995) dijadikan korpus kajian. Kerangka teori yang dimanfaatkan untuk analisis termasuklah definisi penterjemahan dan kehilangan makna yang dikemukakan oleh Newmark (1981) serta definisi dan pengkategorian chengyu yang disarankan oleh Wu dan Wang (1983). Kaedah perbandingan teks untuk meneliti persamaan dan perbezaan makna dalam teks sumber dan teks sasaran dimanfaatkan. Hasil pencerakinan data menunjukkan bahawa fenomena kehilangan makna sememangnya berlaku dalam penterjemahan chengyu ke dalam bahasa Melayu. Keadaan ini menghasilkan pelbagai jenis kesan terjemahan iaitu, terjemahan berkurangan, terjemahan berlebihan, terjemahan salah dan terjemahan kosong. Untuk memastikan ketepatan terjemahan makna chengyu dalam teks sasaran, penelitian yang menyeluruh tentang makna leksikal dan makna hakiki chengyu adalah penting. Chengyu bukan sahaja boleh diterjemahkan dengan menggunakan kaedah penerangan, malahan padanan sejadi juga boleh diaplikasikan.

Article Details

How to Cite
Boh Phaik Ean, and Goh Sang Seong. 2013. “Kehilangan Makna Dalam Penterjemahan Chengyu Ke Dalam Bahasa Melayu: (Loss of Meaning in the Translation of Chengyu into Malay)”. Kajian Malaysia 31 (1): 79–96. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles