Perkahwinan dan Perceraian Masyarakat Melayu Terengganu 1950an-1970an (Marriage and Divorce among The Malays in Terengganu between the 1950s-1970s)
Main Article Content
Abstract
Instability in the Malay institution of marriage was a hot issue discussed during the 1950s to 1970s. The high divorce rates among the Malay community at that time attracted the attention of various quarters. However, there was little research conducted on marriage and divorce by local historians. To fill this gap, this study is presented by focusing on the Malay community in the state of Terengganu during the 1950s to 1970s. The study aims to analyse the problems that arise in the marriage institution among the Terengganu Malay community and to identify the factors that had caused these problems. In addition, this study also discusses the efforts taken by the Terengganu State Islamic Religious Affairs Department in addressing the problems. This study utilises archival and library research to obtain data. The findings indicate that marriage and divorce among the Malays in Terengganu were affected by two main factors, namely the economic and social factor.
Isu ketidakstabilan dalam institusi perkahwinan orang Melayu menjadi satu isu yang hangat dibincangkan khususnya sekitar 1950an hingga 1970an. Kadar perceraian yang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa itu telah menarik perhatian pelbagai pihak. Namun, kajian mengenai perkahwinan dan perceraian masih sangat kurang dilakukan oleh para sejarawan. Untuk mengisi jurang ini, kajian ini diketengahkan dengan memberi tumpuan khusus kepada masyarakat Melayu di negeri Terengganu sekitar tahun 1950an hingga 1970an. Tujuan kajian ialah untuk menganalisa permasalahan yang timbul dalam institusi perkahwinan masyarakat Melayu Terengganu serta mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi punca permasalahan tersebut. Turut dibincangkan ialah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Pejabat Agama Negeri Terengganu dalam menangani permasalahan ini. Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan arkib dan perpustakaan untuk mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perkahwinan dan perceraian orang Melayu di Terengganu dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor ekonomi dan sosial.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.