Ketegangan Hubungan Indonesia-Malaysia dalam Isu Tarian Pendet The Tension between Indonesia-Malaysia in The Pendet Dance Issue
Main Article Content
Abstract
This article examines the pendet dance dispute of 2009 which has heightened the tension in Indonesia-Malaysia relations. Employing the realism perspective in international relations studies, this article presents its arguments in three parts: (1) scenario analysis of pendet dance dispute, (2) the factors that influence the issue and (3) its impact on Indonesia-Malaysia relations. Although the issue or controversy of the pendet dance has drawn gained attention in both countries, the reaction of some parties in Indonesia is seen to be quite extreme compared to that of Malaysia. This is largely due to the fact that the pendet dance dispute occurred within the scenario of internal political contestation of post 2009 presidential election in Indonesia. Consequently, anti-Malaysian sentiments were exploited in Indonesia. Nevertheless, the government-to-government relation remains stable, despite the fact that the people-to-people relation is affected, hence adding to another unpleasant spot in the history of the two nations.
Artikel ini menganalisis pertikaian tarian pendet tahun 2009 yang telah meningkatkan ketegangan dalam hubungan Indonesia-Malaysia. Dengan menggunakan perspektif realisme dalam kajian hubungan antarabangsa, artikel ini membentangkan hujah-hujah dalam tiga bahagian: (1) analisis senario pertikaian tarian pendet, (2) faktor-faktor yang mempengaruhi isu tersebut, dan (3) kesannya ke atas hubungan Indonesia-Malaysia. Walaupun isu atau kontroversi tarian pendet ini mendapat perhatian di kedua-dua negara, reaksi sesetengah pihak di Indonesia dilihat agak melampau berbanding dengan reaksi di Malaysia. Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh hakikat bahawa pertikaian tarian pendet berlaku di tengah-tengah senario persaingan politik dalaman pasca pilihan raya presiden 2009 di Indonesia. Akibatnya, sentimen anti-Malaysia telah dieksploitasikan di Indonesia. Walau demikian, hubungan kerajaan dengan kerajaan kekal stabil, meskipun hubungan rakyat dengan rakyat terjejas, justeru menambah lagi titik yang tidak menyenangkan dalam sejarah kedua-dua negara.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.