Persepsi Pelajar Prasiswazah Program Pengajian Bahasa Inggeris Mengenai Kecekapan Kendiri dalam Kemahiran Kebolehgajian dalam Sektor Pekerjaan Self-Perceived Competence of English Language Undergraduates on Employability Skills at the Workplace
Main Article Content
Abstract
In today's constantly changing and increasingly globalised job market a degree can no longer be regarded as an automatic passport to employment. This is evident with an increasing number of graduates, especially from public institutes of higher learning in Malaysia who are unemployed. Is this due to the more competitive job market or are the current batches of job seekers and graduates unmarketable? Hence this paper reports on a study done to find out whether the courses offered at the universities, adequately prepare them with the right blend and attitude to compete in the job market in terms of sufficient communication and literacy skills and the basic research knowledge to fulfil the needs of the prospective employers. A total of seven undergraduates in their final year of study shared their self-perceived competence on employability via focus group interviews. This paper ends with some recommendations on improving and integrating employability skills in undergraduate courses in terms of academic and practical knowledge.
Segulung ijazah tidak boleh dianggap sebagai pasport untuk bekerja di pasaran kerja global yang sentiasa berubah dan berdaya saing. Hal ini terbukti dengan peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan graduan, terutamanya graduan institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Adakah ini disebabkan oleh pasaran kerja yang semakin berdaya saing atau disebabkan oleh kualiti para pencari kerja dan graduan semasa yang tidak memenuhi permintaan pasaran kerja? Oleh itu, makalah ini akan melaporkan hasil kajian mengenai kebolehgajian pelajar prasiswazah, yang bertujuan untuk mengetahui sama ada kursus-kursus yang ditawarkan di universiti boleh melengkapkan pelajar prasiswazah dengan kemampuan dan sikap yang sepatutnya untuk bersaing dalam pasaran kerja ataupun sebaliknya. Adakah mereka mempunyai kemahiran komunikasi, kemahiran literasi, dan asas dalam penyelidikan, serta pengetahuan yang diperlukan untuk memenuhi kehendak bakal majikan? Seramai tujuh prasiswazah tahun akhir berkongsi persepsi mereka tentang kecekapan dari segi kemahiran kebolehgajian mereka melalui sesi temu bual. Makalah ini juga melaporkan beberapa pandangan positif yang dikongsi oleh mereka serta memberi beberapa cadangan untuk memperbaiki dan mengintegrasikan kemahiran kebolehgajian dalam kursus pengajian ijazah sarjana muda untuk pengetahuan akademik dan praktikal pelajar prasiswazah.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.