Pembangunan Kerangka Kerja bagi Kejayaan Kerjaya Ahli Akademik Universiti Penyelidikan di Malaysia
Main Article Content
Abstract
The purpose of this article is to develop a theoretical framework for explaining academics' career success at research universities. Theories underpinning this study are based on an advanced model of Social Career Cognitive Theory, SCCT (Lent and Brown, 2006). This study found four factors that have potential influences on academics' career success which are human capital, personality, perceived organisational support and person environment-fit. In addition, this study proposed the role of proactive behaviour as a mediating variable. This article contributes toward improving theory and practice in human resource development. It will also help researchers and practitioners in understanding human resources development issues, career development strategy and development of academic careers in higher education institutions.
Tujuan artikel ini adalah untuk membangunkan satu rangka kerja teori untuk menerangkan kejayaan kerjaya ahli akademik di universiti penyelidikan. Teori yang menjadi asas kepada kajian ini adalah model lanjutan Social Career Cognitive Theory, SCCT (Lent dan Brown, 2006). Kajian ini mendapati empat faktor yang mempunyai pengaruh berpotensi pada kejayaan kerjaya ahli akademik termasuk modal insan, personaliti, sokongan organisasi dan kesesuaian individu-persekitaran. Kajian ini juga mencadangkan bahawa perilaku proaktif berperanan sebagai pemboleh ubah pencelah. Di samping itu, artikel ini dapat memberi sumbangan terhadap teori dan praktis dalam pembangunan sumber manusia. Ia juga akan membantu penyelidik dan pengamal pembangunan sumber manusia dalam memahami isu-isu dan strategi pembangunan kerjaya terhadap organisasi dan perkembangan kerjaya ahli akademik di institusi pengajian tinggi.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.