Pengaruh Latar Belakang Keluarga Terhadap Upah dan Kadar Pulangan Persekolahan Anak The Influence of Family Background Towards Children's Wages and Returns to Schooling
Main Article Content
Abstract
This article aims at analysing the effect of family's background on returns to schooling among the children. The analysis is based on 1,192 working children who are still living with their parents. Data are obtained through a field survey in 2011 on 3,885 households using a set of questionnaire. The study employs Mincer's schooling model (1974) where children's monthly wages are used as dependent variable and the mother's/father's educational attainment, parent's income and working children's demographic factors such as gender, ethnicity and marital status are used as independent variables. Results of the study show that father's education level and parent's income provide a positive and significant affect on children's monthly wages. Male workers and married workers receive higher wages compared to female and unmarried workers respectively, while the Malay workers receive lower wages than the other races. Further, the results of the study demonstrate that mother's years of schooling significantly affect children's returns to schooling.
Artikel ini bertujuan menganalisis pengaruh latar belakang keluarga terhadap kadar pulangan persekolahan anak mereka. Analisis ini adalah berdasarkan kepada data 1,192 anak yang bekerja dan masih tinggal bersama keluarga mereka. Data ini diperoleh melalui kerja lapangan pada tahun 2011 dengan menggunakan borang soal selidik ke atas 3,885 buah isi rumah di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan model persekolahan Mincer (1974) dengan kadar upah bulanan anak yang bekerja sebagai pemboleh ubah bersandar, manakala tahap pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa, pendapatan ibu bapa dan demografi anak bekerja seperti jantina, etnik dan taraf perkahwinan digunakan sebagai pemboleh ubah bebas. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap persekolahan bapa dan pendapatan ibu bapa memberi kesan yang positif dan signifikan terhadap kadar upah anak mereka. Pekerja lelaki dan yang berkahwin menerima upah lebih tinggi masing-masing daripada pekerja wanita dan yang belum berkahwin, manakala pekerja berbangsa Melayu didapati menerima upah yang lebih rendah dibandingkan dengan bangsa lain. Selanjutnya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa tahun persekolahan ibu mempengaruhi kadar pulangan persekolahan anak secara signifikan.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.