Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak (1816–1873)
Main Article Content
Abstract
Artikel ini membincangkan penghijrahan masyarakat Melayu ke Kerian, Perak bermula pada tahun 1816 hingga 1873. Penghijrahan masyarakat Melayu di negeri-negeri Melayu umumnya dan Perak khususnya sebelum penjajahan British pada tahun 1874 tidak pernah dibincangkan secara terperinci dalam mana-mana penulisan yang menjadikan aspek penghijrahan sebagai tema utama perbincangan. Sebaliknya, penulisan-penulisan sedia ada berkaitan penghijrahan masyarakat Melayu di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu tertumpu kepada latar masa setelah berlakunya campur tangan British iaitu selepas tahun 1874. Masalah sumber merupakan faktor utama yang menyebabkan aspek penghijrahan sebelum penjajahan kurang dibincangkan. Walaupun menyedari akan kewujudan masalah sumber, perbincangan berkenaan penghijrahan sebelum penjajahan ini masih perlu dilakukan bagi mengisi kelompangan yang ada dalam penulisan berkaitan penghijrahan dalam kalangan masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Tambahan pula, penulisan sedia ada berkenaan penghijrahan di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan masyarakat Melayu menumpukan perbincangan kepada penghijrah bangsa asing iaitu Cina dan India serta penghijrahan masyarakat Melayu dari luar negeri-negeri Melayu terutamanya dari Kepulauan Hindia Belanda (Kepulauan Indonesia sekarang). Hal ini menimbulkan persoalan akan kewujudan serta kepentingan penghijrahan dalaman masyarakat Melayu iaitu dari negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu sendiri di Semenanjung Tanah Melayu. Artikel berkenaan penghijrahan masyarakat Melayu ke Kerian, Perak ini mendapati bahawa penghijrahan dalaman masyarakat Melayu iaitu penghijrahan masuk masyarakat Melayu dari Kedah, Seberang Perai dan Pulau Pinang yang bermula sejak tahun 1816 sangat signifikan dalam kemunculan Kerian sebagai daerah penanaman padi yang penting kepada pentadbiran Perak menjelang berlakunya penjajahan British secara langsung ke atas Perak pada tahun 1874. Sumber primer yang dirujuk bagi penulisan artikel ini adalah daripada catatancatatan pentadbir British di Negeri-Negeri Selat dan The Burney Papers.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
References
Anderson, J. 1965. Political and commercial considerations relative to the Malayan Peninsula and the British Settlements in the Straits of Malacca. Singapore: Malaysia Printers Ltd.
Braddell, T. 1861. Statistics of the British possesions in the Straits of Malacca. Penang: Penang Gazette Printing Office.
Burney, H. 1971. The Burney Papers, Vol.1–4. India: India Office Library.
Cowan, C.D. 1950. Early Penang and the rise of Singapore, 1805–1832: Documents from the manuscript records of the East India Company (Vol. XXIII, Part 2). Singapore: Malaya Publishing House.
______. 1970. Tanah Melayu kurun kesembilan-belas: Asal usul penguasaan politik British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dobby, E.H.G. 1982. Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Federation of Malaysia. 1931. Report of the rice cultivation committee. Kuala Lumpur: Federation of Malaysia.
Hardy, A. 2005. Red hills: Migrants and the state in the Highlands of Vietnam. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS).
Jackson, J.C. 1968. Planters and speculators: Chinese and European agricultural enterprise in Malaya, 1786–1921. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Jackson, R.N. 1961. Immigrant labour and development of Malaya, 1786–1920. Kuala Lumpur: Government Press.
Khazin Mohd Tamrin. 1987. Orang Jawa di Selangor: Penghijrahan dan penempatan, 1880–1940. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khoo, K.K. 1972. The Western Malay states, 1850–1873: The effects of commercial development on Malay politics. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Lewis, G.J. 1982. Human migration: A geographical perspective. London & Canberra: Croom Helm.
Lim, T.G. 1976. Origins of a colonial economy: Land and agriculture in Perak 1874– 1897. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Low, J. 1850. An account of the origin and progress of the British Colonies in the Straits of Malacca. JIAEA IV: 360–379.
Low, J. 1972. A dissertation on the soil and agriculture. Singapore: Oxford University Press. Mahani Musa. 1991. Pakatan sulit di negeri-negeri utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, 1821–1930-an. MA diss., Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
______. 2010. Sejarah awal Seberang Perai. In Sejarah awal Pulau Pinang, ed. Muhammad Haji Salleh, 40–61. Pulau Pinang: Penerbit USM.
______. 2012. Adat, perundangan dan pengukuhan identiti kenegaraan Kedah prakolonial. In Warisan wilayah utara Semenanjung Malaysia, ed. K.G. Ooi, 54–86. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Maxwell, W.E. 1884. The law and customs of the Malays with reference to the tenure of land. JSBRAS 13: 75–220.
Muhammad Hassan bin To’ Kerani Mohd Arshad. 1968. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Newbold, T.J. 1971. British Settlements in the Straits of Malacca. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Sadka, E. 1968. The protected Malay states, 1874–1895. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Sinha, V.N.P. dan Md. Ataullah. 1987. Migration: An interdisciplinary approach. Delhi: Seema Publication.
Swettenham, A.F. 1983. About Perak. Singapore: National University of Singapore.
Tunku Shamsul Bahrin. 1967. The growth and distribution of the Indonesian population in Malaya. Bijdragen Tot De Taal-, Land- En Volkenkunde 123(2): 267–286. https://doi.org/10.1163/22134379-90002906
Wang, G. 2011. Paterrns in migration history revisited. In Don’t leave home: Migration and the Chinese. Singapore: Times Academic Press.
Wilkinson, R.J. 1923. Papers on Malay subject, a history of the Peninsular Malays with chapters on Perak & Selangor. Singapore: Kelly & Walsh Limites.
______. 1971. Papers on Malay subjects. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Winstedt, R.O. 1948. Malaya and its history. London: Hutchinson.
Vlieland, C.A. 1934. The population of the Malay Peninsula: A study in human migration. Geographical Review 24(1): 61–78. Kuala Lumpur: The Federal Secretariat. https://doi.org/10.2307/209494