Amalan Perarakan Usungan dalam Masyarakat Pesisiran Sarawak
Main Article Content
Abstract
Amalan perarakan usungan/tandu merupakan suatu tradisi unik yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat pesisir Sarawak. Perarakan yang dikenali sebagai usungan/tandu oleh masyarakat tempatan ini dijalankan semasa majlis khatam al-Quran. Ia merupakan tradisi untuk meraikan kejayaan anak-anak mereka yang baharu sahaja menamatkan pengajian kitab suci al-Quran. Walau bagaimanapun, tradisi ini hanya dijalankan di beberapa kawasan pesisir seperti daerah Kabong, Belawai, Bintulu, Mukah dan Dalat yang masih lagi aktif mengamalkannya hingga ke hari ini. Amalan yang melibatkan kemahiran tradisi yang tinggi ini kini berada di ambang kepupusan. Keistimewaan amalan ini bukan hanya terletak kepada praktisnya, bahkan ia juga mempunyai nilai estetika visual yang tinggi. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual, pemerhatian dan cipta-sama bagi membantu komuniti dalam penghasilan rekaan usungan/tandu. Usungan/tandu direka mengikut keinginan dan permintaan anak-anak yang menyertai perarakan ini. Antara bahan yang dijadikan inspirasi kepada rekaan tersebut ialah pesawat, kereta, rumah, masjid, perahu, bunga dan ikan. Keistimewaan usungan/tandu ini memberikan keseronokan dan perasaan yang menyeluruh terhadap karya seni. Perkara ini agak membimbangkan kerana amalan ini semakin dilupakan dan kebanyakan kawasan pesisir tidak mengamalkannya lagi. Bahkan tiada rekod atau dokumentasi yang lengkap dan tepat dilakukan sebelum ini untuk rujukan. Oleh itu, tujuan makalah ini dihasilkan adalah untuk memberi gambaran tentang amalan usungan/tandu dan memaparkan beberapa rekaan usungan/tandu yang telah direkodkan bagi tujuan rujukan pada masa akan datang serta penjelasan tentang amalan unik ini.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
References
Awang Azman Awang Pawi. 2010. Sarawak Malay material culture and their weltanschauung: Some preliminary research themes and findings. The 2nd International Conference on Humanities and Social Sciences, Faculty of Liberal Arts, Prince of Songkla University. 10 April.
Bintulu Info. 2015. Tandu berhias sempena majlis khatam al-Quran di Belawai. https://www.facebook.com/BintuluInfoFromBintuluWithLove/posts/acara-tandu-berhias-malam-tadi-sempena-majlis-khatam-al-quran-di-belawaicantik-k/1074259249285377/ (accessed January 2019)
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. 2019a. Ucapan perasmian pameran usungan: A presentation of innovation and artistic creation in bonded community, Kabong, Saradise Gallery, Kuching, Sarawak. 15 February.
______2019b. Majlis perasmian pameran usungan: A presentation of innovation and artistic creation in bonded community, Kabong, 2019 (Facebook). https://www.facebook.com/YBKarimHamzah/photos/pcb.1593394590791877/1593394094125260/?type=3&theater (accessed 16 February 2019).
Google Map. n.d. Kabong, Sarawak. https://www.google.com/maps/place/Kabong+Sarawak/@1.8798776,111.042075611z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31f98771f9b647e3:0xebb2f9117ad3d3e6!8m2!3d1.8040279!4d111.1190129 (accessed May 2019).
Hamidah Abdul Wahab. 2013. Petua dan pantang larang tradisional dalam alam Melayu Sarawak. International Journal of the Malay World and Civilisation 1(1): 89–97.
Hon, K.F. 1996. Sejarah perkembangan Lembangan Rajang di Sarawak. Sarawak: Jawatankuasa Warisan Kebudayaan Dewan Suarah.
Mohamad Faizuan Mat. 2019. Discover Sarawak through the march of the usungan (YouTube). 17 August. https://www.youtube.com/watch?v=nX1-I9-nGX0 (accessed 17 August 2019).
RTM Sarawak. 2014. Perarakan tandu berhias khatamal al-Quran Belawai. 25 October. https://www.facebook.com/RTM.Sarawak/posts/751301991601871%20/ (accessed January 2019).
The Fronteer. n.d. What is co-creation? A definition, some background and how it’s done. https://fronteer.com/what-is-co-creation/ (accessed December 2019).
Xavier, J. 2019. Bakat muda sezaman young contemporaries open + lab. Kuala Lumpur: Balai Seni Negara.
Yusmanto, E., ed. 2016. Penggunaan joli untuk pengantin masih dipertahankan masyarakat Selat Nasik. Posbelitung.co. 24 April. https://belitung.tribunnews.com/2016/04/24/penggunaan-joli-untuk-pengantin-masih-dipertahankanmasyarakat-selat-nasik (accessed January 2019).
Zarina Abdullah. 2019. FSGK UNIMAS lancar pameran ‘usungan’. Mingguan Sarawak. 17 February