Budaya Masyarakat Bugis dalam Aspek Perkahwinan, Komunikasi dan Makanan Warisan
Main Article Content
Abstract
Adat, budaya dan warisan dalam kalangan suku Bugis perlu dikekalkan kerana ia mempunyai nilai dan identiti yang unik dan berharga. Walau bagaimanapun, ramai generasi muda semakin samar dan tidak mengetahui adat dan budaya suku Bugis. Fenomena ini disebabkan ramai generasi muda yang seakan lupa leluhur dan asal usul mereka. Justeru, kajian ini mengetengahkan tiga objektif utama tentang budaya masyarakat Bugis dalam aspek kehidupan harian iaitu mengenal pasti budaya perkahwinan suku Bugis, mengenal pasti komunikasi dalam kalangan suku Bugis dan mengenal pasti makanan warisan suku Bugis. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji telah mengedarkan soal selidik melalui aplikasi Google Forms kepada responden di media sosial. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan dan hanya responden yang berketurunan suku Bugis diberikan soal selidik tersebut. Hasil kajian mendapati seramai 69 responden kajian telah menjawab soal selidik tersebut. Pengkaji juga menjalankan kajian secara pemerhatian di Kampung Tampok Laut, Benut, Johor. Beberapa majlis dan keramaian telah dihadiri bagi memastikan sumber dapatan kajian diperkukuhkan. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga objektif kajian membuktikan suku Bugis masih lagi mengekalkan adat dan budaya mereka sama ada dalam konteks budaya perkahwinan, komunikasi dan makanan warisan. Secara tidak langsung, kajian ini dapat memberi impak kepada komuniti Bugis dan memastikan setiap generasi dapat mengekalkan identiti suku Bugis khususnya dalam aspek yang dikaji.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
References
Ahmad S. Rustan and H. Cangara. 2011. Perilaku komunikasi orang Bugis dari perspektif Islam. Jurnal Komunikasi KAREBA 1(1): 91–105.
Ahmad Yani. 2018. Dampak Perang Makassar terhadap umat Islam Sulawesi Selatan abad XVII?XVIII. Jurnal Rihlah 6(1): 107–131.
Budianto Hakim, S. Hawkins, D. Bulbeck, I. Caldwell and C. Macknight. 2018. Material culture at Allangkanangnge ri Latanete in relation to the origins of Bugis kingdoms: The archaeology of Sulawesi. Canberra: Australian National University Press.
Bullbeck, D., I. Caldwell, S. Druce, Budianto Hakim and C. Macknight. 2018. Imported tradeware ceramics and their relevance for dating socio-political developments in South Sulawesi, with special reference to the Allangkanangnge ri Latanete site: The archaeology of Sulawesi. Canberra: Australian National University Press.
Christian, P. 2016. Orality and writing among the Bugis. International Journal of Asia Pacific Studies 12(1): 13–51.
Dahlan, H.M. 2016. Prosesi pemilihan jodoh dalam perkahwinan: Perspektif ajaran Islam dan budaya lokal di Kabupaten Sinjai. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan 9(1): 131–142.
Graham, S. 2004. It’s like one of those puzzles: Conceptualizing gender among Bugis. Journal of Gender Studies 13(2): 107–116.
Hendrik, M.J.M. 2001. Raja Ali Haji dan Hang Tuah: Arloji dan Mufassar. Sari 19: 159– 178.
Makmur Haji Harun, Muhammad Yahya Sibe and Buchari Katutu. 2015. Prinsip ‘siri’ dalam perkahwinan masyarakat Bugis di Jambi Indonesia. 1–18. https://www.researchgate.net/publication/282859438_PRINSIP_SIRI%27_DALAM_PERKAHWINAN_MASYARAKAT_BUGIS_DI_JAMBI_INDONESIA?channel=doi&linkId=561faa6c08aed8dd19402542&showFulltext=true
Mohd Ayop Abd Razid. 2017. Sorotan sejarah Bugis di Tanah Melayu. Utusan Online, 15 November.
Norasikin Daineh. 2018. Terokai lokasi kota bersejarah di Makassar. Berita Harian Online, 31 December. https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/kembara/2018/12/514597/terokai-lokasi-kota-bersejarah-di-makassar (accessed 11 September 2020).
Nurnaningsih Nawawi. 2013. Komplikasi pemikiran toriolo dalam papaseng naskhah Bugis dan syarak (perspektif gender). In Bugis dalam peradaban Melayu, ed. Abdul Latif Abu Bakar, 135–149. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Poelinggomang E.L. and Suriadi Mappangara. 2004. Sejarah Sulawesi Selatan dari Tomanurung sampai tahun 1905. Vol.1. Makassar: Balitbangda kerjasama dengan masyarakat Sejarawan Indonesia Sulawesi Selatan.
Poliana Ronnie Sidom. 2015. Pakaian tradisional Bugis. BH Plus, 25 August.
Rahilah Omar, Khazin Mohd. Tamrin, Nordin Hussin and Nelmawarni. 2009. Sejarah kedatangan masyarakat Bugis ke Tanah Melayu: Kajian kes di Johor. JEBAT 36: 41–61.
Rahim A. Rahman. 2011. Nilai-nilai utama kebudayaan Bugis. Yogyakarta: Ombak.
Said Nurman. 2004. Religion and cultural identity among the Bugis (a preliminary remark). Inter-Religio 45: 12–20.
Sharkawi Londing. 2018. Selera tradisi masyarakat Bugis. Kosmo Online, 28 July.
Shintia Maria Kapojos and Hengki Wijaya. 2018. Mengenal budaya suku Bugis (Pendekatan misi terhadap suku Bugis). Jurnal Lembaga STAKN Kupang 6(2): 153–173.
Suriadi Mappangara. 2016. Filosofi arung palakka. Yogyakarta: Ombak.