Peranan Syeikh Abbas Bakar Rafiee dalam pembaharuan sistem Pendidikan Islam di Madrasah al-Mashoor al-Islamiah Pulau Pinang, 1922–1957.

Main Article Content

Ahmad Dzulfahmi Muhamad

Abstract

Kajian ini meneliti perkembangan sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu khususnya di Pulau Pinang dari tahun 1922 hingga 1957. Tempoh ini penting kerana berlakunya pembaharuan dalam sistem Pendidikan Islam yang berasaskan madrasah serta perkembangan pesat institusi pendidikan aliran Inggeris dan vernakular di Tanah Melayu yang menjadi saingan kepada institusi Pendidikan Islam. Kajian ini memfokuskan kepada peranan Mudir Madrasah al-Mashoor al-Islamiah yang ketiga iaitu Syeikh Abbas Bakar Rafiee dalam membawa dan melaksanakan idea pembaharuan dalam bidang Pendidikan Islam yang sebelum ini dipelopori oleh Syed Syeikh al-Hadi. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif berdasarkan sumber primer serta sekunder dengan menggunakan pendekatan sejarah dan tematik. Hasil daripada kajian mendapati Syeikh Abbas memainkan peranan amat penting dalam melaksanakan pelbagai pembaharuan madrasah ini dalam aspek sistem pentadbiran dan kurikulum, memperkenalkan aktiviti ko-kurikulum dan menghantar pelajar melanjutkan pengajian ke Asia Barat. Tambahan lagi, Syeikh Abbas juga berperanan penting dalam mengasaskan madrasah bahagian perempuan, menubuhkan cawangan Madrasah al-Mashoor di Balik Pulau dan mengadakan kerjasama mengasaskan sebuah madrasah di Sabak Bernam yang mengikut model Madrasah al-Mashoor. Selain itu, beliau juga melahirkan modal insan berwibawa yang telah mencetuskan perubahan kesedaran sosial masyarakat dan memainkan peranan penting dalam pembentukan sejarah negara.

Article Details

How to Cite
Ahmad Dzulfahmi Muhamad. 2023. “Peranan Syeikh Abbas Bakar Rafiee Dalam Pembaharuan Sistem Pendidikan Islam Di Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah Pulau Pinang, 1922–1957”. Kajian Malaysia 41 (1): 189–212. https://doi.org/10.21315/.
Section
Articles

References

RCP/1333/49. Admission of students from Mashoor ul Islam School, Pg., into Saudi Arabian Govt. Schools. 23 September 1949.

SP/28/A/36. Surat peribadi Dr. Burhanuddin kepada Hassan Adli. 14 December 1956. SP/90/1. Falsafah perubatan homeopathy oleh Prof. Dr. Burhanuddin al-Helmy, M.D.(H). SP/90/18. n.d. Homeopath satu sistem rawatan alternatif oleh Prof. Dr. Burhanuddin al-Helmy.

SPP/P/1. n.d. Sejarah Madrasah al-Mashoor al-Islamiah (Lelaki dan Perempuan) Pulau Pinang, surat persendirian Shaikh Ahmad Osman Bajunid.

Abu Zar Abu Hassan. 2005. Pengaruh gerakan Islah di Negeri Perlis. Project paper. Akademi Pengajian Islam, Universti Malaya Kuala Lumpur.

Abdullah Haji Jaafar. 1984. Al-Imam. In Sejarah masyarakat Melayu moden, ed. K.K. Khoo, 85–103. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1989. Gerakan Islah di Perlis: Sejarah dan pemikiran. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena.

Abdul Rahman Haji Ismail. 2003. Syed Sheikh Al-Hadi: Penggerak kebangkitan Melayu abad ke-20. In Syed Sheikh Al-Hadi: Cendekia dan sasterawan ulung, ed. Sohaimi Abdul Aziz, 9–36. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Ahmad Dzulfahmi Muhamad. 2013. Sejarah dan perkembangan Madrasah Al-Mashoor Al Islamiah Pulau Pinang, 1916–1969. MA diss., Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

. 2019. Sumbangan Madrasah Al-Mashoor Al Islamiah Pulau Pinang dalam Sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu, 1916–1972. In Sejarah dan rencam warisan alam Melayu, eds. Ishak Saat and K.B. Dar, 75–96. Johor: Penerbit UTHM.

. 2020. Sheikh Abbas Bakar Rafiee: His contributions to Madrasah Al-Mashoor Penang, 1922–1957. European Proceedings of Social and Behavioural Sciences. London: Future Academy.

Ahmad Dzulfahmi Muhamad and Mohammad Redzuan Othman. 2020. Pengislahan sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu: Peranan mudir Madrasah Al-Mashoor Al Islamiah Pulau Pinang, 1916–1957. Jurnal al-Tamaddun 15(1): 133–145. https://doi.org/10.22452/JAT.vol15no1.9

Amini Amir Abdullah. 1997. Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah, Pulau Pinang: Pengaruh dan perkembangan. In Sejarah Islam Pulau Pinang: Tokoh dan sumbangan (Jilid 3), ed. Badriyah Haji Salleh. Pulau Pinang: Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Ar-Rajaa. 14 January 1926.

Badriyah Haji Salleh. 1997. Ustazah Khairon Mohamad Ali. In Sejarah Islam Pulau Pinang: Tokoh dan sumbangan (Jilid 3), ed. Badriyah Haji Salleh, 74–88. Pulau Pinang: Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Berita Harian. 12 April 1970.

Bumiputra. 31 October 1933.

Farid Mat Zain and NurulWahidah Fauzi. 2014. Ulama Arab di Tanah Melayu: Satu analisa pada awal abad ke-20. Religi: Jurnal Studi Agama-Agama 10(2): 184-203. https://doi.org/10.14421/rejusta.2014.1002-04

Funston, N.J. 1980. Malay politics in Malaysia: Study of UMNO and PAS. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.