Pengajian Tinggi: Pendemokrasian, Pengkomersialan dan Pengantarabangsaan (Book review)
Main Article Content
Abstract
Buku ini menghidangkan sebuah penulisan lengkap dan perbincangan perihal isuisu pendidikan tinggi di Malaysia termasuk membincangkan penyelidikan dan penulisan di universiti awam. Buku ini dibahagikan perbincangannya kepada tiga fokus utama iaitu pendemokrasian, pengkomersialan dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara. Dua belas bab dengan 607 halaman diperuntukkan di dalam buku yang meliputi: pengenalan, konsep sebuah universiti, anekaversiti?, pendemokrasian, pengkomersialan, pengkorporatan di Malaysia, autonomi dan akauntabiliti, pengantarabangsaan, faedah dan cabaran, pendidikan transnasional, isu bahasa Inggeris, serta akhir bicara sebagai kesimpulannya. Satu perkara yang menakjubkan menerusi bacaan buku ini ialah sumber bibliografi yang dirujuk mempunyai kepelbagaian bahan bacaan dan 34 responden. Terlalu banyak isu institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang menjadi tumpuan penulis tersohor ini. Dengan pengalaman yang luas sebagai pensyarah universiti dalam bidang sejarah dan pentadbiran institusi, penulis berkarya dengan “cukup padat”, gaya penulisan yang mudah difahami dan berkesan di hati pembaca. Ia berbeza dengan bukubuku penulis sebelum ini yang tertumpu kepada disiplin sejarah. Disebabkan latar belakang penulis buku ini yang berpendidikan ilmu sejarah, tidak hairanlah masih lagi terdapat unsur-unsur pensejarahan menerusi buku ini. Ia dapat dilihat dari segi perbandingan antara tempoh dua jangka masa kajian, tahun dan tarikh sertapersoalan pemikiran yang dibincangkan.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.