Memperkasakan Pengurusan Endorsan Hak Milik Tanah Rizab Melayu
Main Article Content
Abstract
Malay Reservation Land is a special ground as it can be used and managed by only the Malays. Malay Reservation Land exists in each area that is gazetted and declared perfectly in compliance with the Malay Reservation Enactment in 1933. The ownership within the Malay Reservation Land area must be endorsed as Malay Reservation Land as the matter is clearly stated in accordance with the provisions of Section 6 of the Malay Reservation Enactment. However, almost 100 years after the Malay Reservation Enactment 1933 came into force, the issue of non-endorsement of ownership still exists based on audit findings. So, this study was conducted to strengthen the management of Malay Reservation Land ownership endorsement by identifying the issues arising in the implementation of Malay Reservation Land endorsement and then studying the solutions for the implementation of the Malay Reservation Land endorsement. This study uses a qualitative design using two data sources. Secondary data were obtained with reference to previous studies, articles, journals and related acts. Meanwhile, primary data were obtained from face-to-face interviews with selected respondents. Then, the data were analysed using content analysis and descriptive analysis. The results showed that there were four issues encountered in the implementation of the Malay Reservation Land endorsement, namely lack of understanding of Malay Reservation Enactment provisions, lack of commitments regarding endorsement implementation, technical staff requirements, and incomplete Malay Reservation Land gazetting records. To overcome these issues, three solutions to strengthen the management endorsement of Malay Reservation Land ownership have been proposed, namely providing understanding and commitment through the involvement of top management, placing an assistant land officer in the registration unit, as well as updating data in collaboration with external departments and re-measuring the Malay Reservation Land area. The findings of this study can support the effective management of Malay Reserve Land ownership endorsement to ensure that Malay Reservation Land will continue to be used under the grip of the Malays.
Tanah Rizab Melayu (TRM) merupakan tanah yang istimewa kerana ia hanya boleh dimiliki dan diuruskan oleh orang Melayu sahaja. TRM wujud apabila sesuatu kawasan itu diwartakan dan diisytiharkan dengan sempurna mengikut Enakmen Rizab Melayu ERM 1933. Hak milik yang berada dalam kawasan TRM hendaklah diendors sebagai TRM memandangkan perkara berkenaan termaktub dengan jelas mengikut peruntukan Seksyen 6 ERM 1933. Namun selepas hampir 100 tahun ERM 1933 berkuat kuasa, isu ketiadaan endorsan pada hak milik masih lagi berlaku berdasarkan penemuan audit. Maka kajian ini dilakukan bagi memperkasakan pengurusan endorsan hak milik TRM dengan mengenal pasti isu yang timbul dalam pelaksanaan endorsan TRM dan seterusnya mengkaji kaedah penyelesaian bagi pelaksanaan endorsan TRM. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan dua sumber data. Data sekunder diperoleh dengan merujuk kajian-kajian lepas, artikel, jurnal dan akta yang berkaitan. Manakala data primer didapati daripada temu bual bersemuka bersama responden yang terpilih. Kemudian, data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat isu yang dihadapi dalam pelaksanaan endorsan TRM iaitu ketidakfahaman terhadap peruntukan ERM, kurang komitmen berkenaan pelaksanaan endorsan, keperluan kakitangan teknikal dan rekod pewartaan TRM yang tidak lengkap. Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, tiga penyelesaian bagi memperkasakan pengurusan endorsan hak milik TRM telah dicadangkan iaitu dengan meningkatkan kefahaman dan komitmen melalui penglibatan pengurusan atasan, menempatkan penolong pegawai tanah di unit pendaftaran, pengemaskinian data dengan kerjasama jabatan luar dan pengukuran semula kawasan TRM. Dapatan kajian ini dapat menyokong pengurusan endorsan hak milik TRM yang efektif bagi memastikan TRM akan terus berada di bawah pegangan orang Melayu.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
References
Abdul Aziz Mohd Johdi, 2018. Kedudukan Tanah Rizab Melayu dan pembangunan tanah dalam kawasan rizab Melayu. https://pintu.instun.gov.my/assets/file/attachment/dc5pzQWczJR2tdO74WHWaRCNp6IrJBo6.pdf (accessed 18 July 2022).
AGA Development Sdn Bhd vs Kerajaan Negeri Selangor & Ors [2024] MLJU 3052. 2024. https://advance-lexis-com.ezproxy.utm.my/api/permalink/21ac81df-1469-49ce-9867-1d60b2faf8a8/?context=1522468 (accessed 14 April 2025).
Azima Abdul Manaf, N. Lyndon, S. Selvadurai, Mohd Yusof Hussain, Zaimah Ramli, Sarmila Md. Sum, Suhana Saad, Mokhtar Jaafar and Mohd Fuad Mat Jali. 2015. Faktor penghalang pembangunan Tanah Rizab Melayu. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space 11(8):100–109.
Cresswell, J.W. and V.L.P. Clark. 2011. Designing and conducting mixed-methods research. 2nd ed. Thousand Oaks, CA: SAGE.
Dewan Negeri Selangor. 2023. Tanah Rizab Melayu (TRM), Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023. https://dewan.selangor.gov.my/question/tanah-rizab-melayu-trm-9/
INSTUN. 2007. Konsep urusniaga di bawah Kanun Tanah Negara, 1965. https://pdttapah.perak.gov.my/images/linkdownload/Konsep-Urusniaga-Dibawah-Kanun-Tanah-Negara-1965.pdf (accessed 21 May 2021).
INSTUN. 2015. Intisari Enakmen Rizab Melayu. https://pintu.instun.gov.my/artikel/papar/intisari-enakmen-rizab-melayu (accessed 24 April 2021).
Ismail Sualman. 2019. Benarkah penjawat awam terlalu ramai? Sinar Harian. 24 March. https://www.sinarharian.com.my/article/19830/KOLUMNIS/Benarkah-penjawat-awam-terlalu-ramai (accessed 23 April 2021).
Jabatan Audit Negara Malaysia. 2013. Laporan Ketua Audit Negara Negeri Selangor, aktiviti jabatan/agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri Selangor siri 2. Kuala Lumpur: Jabatan Audit Negara Malaysia.
Jabatan Audit Negara Malaysia. 2019. Laporan Ketua Audit Negara Negeri Perak siri 2, aktiviti jabatan dan pengurusan syarikat kerajaan negeri. https://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2021-09-28/CMD.24.2021%20-%20CMD%2024.2021.pdf (accessed 18 July 2022).
Mohamed Khairi Termizi and Mazlan Ismail. 2018. Isu pembangunan Tanah Rizab Melayu berpemilikan bertindih. Malaysian Journal of Social Science and Humanities 3(1): 91–99.
Mohd Fathi Yusof. 2016. Undang-undang tanah di Malaysia. https://people.utm.my/fathi/wp-content/blogs.dir/561/files/2016/09/E-BOOK-FATHI-YUSOF-UNDANG-UNDANG-TANAH-DI-MALAYSIA.pdf (accessed 17 May 2021).
Mohd Hasrol Haffiz Aliasak. 2017. Tanah Rizab Melayu: Sejarah dan cabaran. http://tanah.perak.gov.my/ptgperak/contents/pfoi2017/slide-lab-3/KERTAS%20KERJA%20TANAH%20RIZAB%20MELAYU%20-%207.9-2017.pdf (accessed 16 April 2021).
Mohd Hasrol Haffiz Aliasak. 2019. Isu, cabaran dan strategi membangunkan Tanah Rizab Melayu. Konvensyen Tanah Rizab Melayu. UiTM Shah Alam. 28 February.
Nik Haslinda Nik Hussain. 2010. Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan dan pemilikan tanah, 1930–40. Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities 17: 37–64.
Nik Haslinda Nik Hussain. 2011. Pentadbiran kolonial dan isu pemilikan tanah di Kelantan 1881–1941. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Nor Asiah Mohamad and Bashiran Begum Mubarak Ali. 2009. The prospects and challenges of Malay Reservation Land in the 21st century. Malaysian Journal of Real Estate 4(2): 1–16.
Nur Rafhanah Ibrahim@Mohd Jamal. 2015. Custodianship pengurusan tanah rezab Melayu. BSc. Hons. diss., Universiti Teknologi Malaysia.
Nurnabihah Zulkapar. 2016. Prospek dan cabaran bagi mengekalkan status Tanah Rizab Melayu pada abad ke-21. BSc. Hons. diss., Universiti Teknologi Malaysia.
Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 1/2018. Proses kelulusan bagi permohonan pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah di negeri Selangor.
Pentadbiran Tanah Johor. 2016. Kaveat. https://ptj.johor.gov.my/index.php/bahagian/pendaftaran/kaveat (accessed 24 April 2021).
Rohayati Hussin and Rusnadewi Abdul Rashid. 2014. Dilema pembangunan Tanah Rizab Melayu: Satu warisan atau satu tangisan? Technology, Science, Social Sciences and Humanities International (TeSSHI) Conference, Langkawi, Kedah, Malaysia. 5–6 November.
Ruwaida Md Zain. 2020. Apa sudah jadi dengan Tanah Rizab Melayu? MyMetro. 18 April 2021. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/621641/apa-sudah-jadi-dengan-tanah-rizab-melayu-metrotv (accesed 21 September 2021).
Shah Nursyahmiaiman. 2017. Konsep tanah simpanan Melayu dan peruntukannya seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Tugasan kursus. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Utusan Borneo Online. 2019. Segera gubal dasar pengurusan stress negara. 24 October. https://www.utusanborneo.com.my/2019/10/24/segera-gubal-dasar-pengurusan-stres-negara (accessed 23 April 2021).