Peranan dan Sokongan Sosial Kumpulan Sokongan kepada Mualaf Iban dan Bidayuh: Kajian Kes Baitul Ilmi, Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia

Main Article Content

Siti Haslina Hussin
Noor’ain Aini
Faizah Mas’ud

Abstract

 


Artikel ini meneliti sokongan sosial yang dihulurkan oleh Baitul Ilmi kepada mualaf atau dikenali juga sebagai ‘saudara kita’ yang berketurunan Iban dan Bidayuh di Kota Samarahan, Sarawak. Seramai 17 individu yang terdiri daripada pengasas dan pengurus Baitul Ilmi serta 15 saudara kita telah ditemu bual. Analisis tematik merumuskan bahawa Baitul Ilmi memainkan tiga peranan penting iaitu sebagai perantara, wadah dakwah dan ejen ukhwah. Selain itu, Baitul Ilmi turut memberi sokongan sosial seperti bimbingan agama, penganjuran aktiviti sosial dan riadah, bantuan kewangan dan kebajikan, pemerkasaan jati diri serta pemantapan emosi. Dapatan kajian memperlihatkan keberkesanan Baitul Ilmi sebagai kumpulan sokongan yang mendukung peranan agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Sarawak dan badan dakwah lain dalam memberikan sokongan sosial kepada saudara kita di sekitar Kota Samarahan.

Article Details

How to Cite
Hussin, Siti Haslina, Noor’ain Aini, and Faizah Mas’ud. 2026. “Peranan Dan Sokongan Sosial Kumpulan Sokongan Kepada Mualaf Iban Dan Bidayuh: Kajian Kes Baitul Ilmi, Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia”. Kajian Malaysia 44 (1): 211–236. https://doi.org/10.21315/km2026.44.1.10.
Section
Articles