Bahasa Arab dalam Sosiologi Bahasa dan Agama di Malaysia, 1981–2022

Main Article Content

Munif Zarirruddin Fikri Nordin

Abstract

Bahasa Arab ialah salah satu bahasa yang mengisi ruang pemanifestasian bahasa dan agama sebagai fenomena sosial di Malaysia, sekurang-kurangnya sejak tujuh abad yang lalu. Terdapat beberapa isu dan cabaran di sebalik pemanifestasian tersebut yang meninggalkan dampak yang besar khususnya terhadap pembentukan kefahaman, amalan dan identiti masyarakat Melayu-Islam sekarang. Makalah ini bertujuan membincangkan kedudukan bahasa Arab dari sudut sosiologi bahasa dan agama di Malaysia dan meneliti fungsi bahasa Arab dalam pembentukan kefahaman Islam dan identiti masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Isu yang dianalisis ialah islamisasi di Malaysia mulai 1981 hingga 2022. Data analisis ialah kajian dan tulisan yang menyokong dan menyanggah islamisasi di Malaysia sepanjang tempoh empat dekad tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari sudut linguitik, bahasa Arab mempunyai kedudukan yang unik dan istimewa di Malaysia; dari sudut agama pula, bahasa Arab ialah bahasa yang dimuliakan. Dapatan kajian juga memperlihatkan bahawa bahasa Arab mempunyai fungsi penting dalam pembentukan kefahaman, amalan dan identiti masyarakat Melayu- Islam di Malaysia. Pada masa yang sama, bahasa Arab melalui tempoh pasang surut, terutamanya respons yang ekstrem dan taasub terhadap islamisasi dalam kalangan beberapa kelompok masyarakat Melayu-Islam sehingga mencetuskan fenomena sosial bentuk baharu melalui kepesatan media sosial hari ini.

Article Details

How to Cite
Nordin, Munif Zarirruddin Fikri. 2026. “Bahasa Arab Dalam Sosiologi Bahasa Dan Agama Di Malaysia, 1981–2022”. Kajian Malaysia 44 (1): 237–260. https://doi.org/10.21315/km2026.44.1.11.
Section
Articles