Makna Bencana dalam Ruang dan Angka: COVID-19 Sebagai Peristiwa Berita dalam Akhbar di Malaysia

Main Article Content

Rohizah Halim
Pin Wooi Tan
Peshamini Munusamy

Abstract

Laporan akhbar menggambarkan amalan organisasi dan amalan sosiobudaya-ekonomi-politik sesebuah masyarakat. Pengaruh amalan penerbitan dan amalan sosiobudaya-ekonomi-politik kepada akhbar selalunya sukar dilihat oleh pembaca yang hanya berpandukan teks berita. Amalan penerbitan boleh jadi lebih ketara dalam cara akhbar melaporkan suatu peristiwa berita, sementara pengaruh sosiobudaya-ekonomi-politik menjadi lebih jelas apabila peristiwa yang dilaporkan melibatkan konflik seperti ketegangan antara kumpulan atau ideologi. Pandangan ini mempengaruhi persoalan dan kaedah kajian yang diguna pakai dalam artikel ini. COVID-19 sebagai peristiwa berita ialah isu yang melibatkan masyarakat dunia. Persoalan timbul tentang pengaruh sosiologi organisasi dan latar sosiobudaya-ekonomi-politik terhadap strategi pelaporan yang terdapat dalam akhbar-akhbar di Malaysia. Oleh itu, empat akhbar – Berita Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Makkal Osai – dipilih untuk meneliti pengaruh amalan organisasi dan pengaruh kemasyarakatan dalam pelaporan COVID-19 sebagai peristiwa berita. Dapatan daripada aspek output akhbar mengiakan pandangan bahawa amalan organisasi lebih jelas mempengaruhi penerbitan berita dan menjadi aspek yang paling ketara dapat dilihat. Sementara itu, pengaruh budaya, politik dan ekonomi tidak boleh diperjelas dengan hanya melihat maklumat angka dan ruang, sebaliknya memerlukan penelitian mendalam tentang teks berita yang dihasilkan.

Article Details

How to Cite
Halim, Rohizah, Pin Wooi Tan, and Peshamini Munusamy. 2026. “Makna Bencana Dalam Ruang Dan Angka: COVID-19 Sebagai Peristiwa Berita Dalam Akhbar Di Malaysia”. Kajian Malaysia 44 (1): 335–356. https://doi.org/10.21315/km2026.44.1.15.
Section
Articles