Jaringan Sosial dan Kelestarian Perniagaan Komuniti Usahawan Melayu di Terengganu

Main Article Content

Mohd Hadri Mohd Rifin

Abstract

Aktor jaringan sosial berperanan penting untuk mempengaruhi kelestarian perniagaan. Aktor jaringan sosial seperti agensi kerajaan telah menyediakan pelbagai program dan bantuan bagi tujuan meningkatkan prestasi perniagaan. Walau bagaimanapun, tidak semua usahawan Melayu memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan sokongan perniagaan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti aktor jaringan sosial, jenis-jenis hubungan jaringan sosial yang digunakan dan implikasi jaringan sosial terhadap kelestarian perniagaan. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual mendalam ke atas 20 orang informan di negeri Terengganu, tinjauan literatur dan dokumentasi yang dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati dua aktor jaringan sosial usahawan Melayu yang terlibat iaitu aktor jaringan primer dan aktor jaringan sekunder. Kedua-dua aktor jaringan ini dikategorikan mengikut dua jenis hubungan jaringan sosial iaitu hubungan pertalian kuat dan hubungan pertalian lemah. Hubungan pertalian ini dibezakan mengikut tahap kekuatan pertalian antara usahawan Melayu dengan aktor dalam struktur jaringan sosial. Pembentukan struktur jaringan sosial usahawan Melayu melibatkan proses sosial yang kompleks seperti tempoh masa tertentu dan tindakan yang rasional. Jaringan sosial memberikan implikasi terhadap prestasi, produktiviti, perkembangan, daya saing dan kelestarian perniagaan. Implikasi kajian menunjukkan usahawan kecil dan sederhana Melayu perlu membina jaringan sosial yang menggunakan struktur sosial melalui kekuatan sosial dalam peringkat makro termasuk institusi sosial.

Article Details

How to Cite
Mohd Rifin, Mohd Hadri. 2026. “Jaringan Sosial Dan Kelestarian Perniagaan Komuniti Usahawan Melayu Di Terengganu”. Kajian Malaysia 44 (1): 161–186. https://doi.org/10.21315/km2026.44.1.8.
Section
Articles