Liputan Media Terhadap Isu Berkaitan China dalam Akhbar Bhasa Melayu Bercetak dan dalam Talian: Pandemik COVID-19 Sebagai Kajian Kes

Main Article Content

Fan Pik Shy

Abstract

Pada awal tahun 2020, virus COVID-19 mula menular di China dan kemudian telah tersebar ke serata dunia. Masyarakat Malaysia mengikuti perkembangan pandemik di China dengan rapat menerusi pendapat awam. Artikel ini akan mengkaji laporan media terhadap langkah dan tindakan pencegahan dan pengawalan krisis wabak COVID-19 antara Malaysia-China dalam jangka masa dari Januari 2020 sehingga Disember 2020. Kajian ini menggunakan akhbar cetakan Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro, dan juga medium penyampaian berita dalam talian, iaitu Astro Awani dan Malaysiakini sebagai bahan kajian. Analisis tentang kandungan berita dan sumber berita yang diperoleh dilakukan bagi memahami ciri-ciri laporan media berbahasa Melayu terhadap pandemik COVID-19 dengan lebih mendalam. Kajian ini juga akan memberi pencerahan tentang kecenderungan laporan media terhadap China dan tanggapan masyarakat pembaca surat khabar berbahasa Melayu terhadap China.

Article Details

How to Cite
Shy, Fan Pik. 2026. “Liputan Media Terhadap Isu Berkaitan China Dalam Akhbar Bhasa Melayu Bercetak Dan Dalam Talian: Pandemik COVID-19 Sebagai Kajian Kes”. Kajian Malaysia 44 (1): 187–209. https://doi.org/10.21315/km2026.44.1.9.
Section
Articles