Hutang, Gadai dan Kehilangan Tanah: Penelitian Semula Terhadap Kemunduran Ekonomi Melayu Luar Bandar di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Semasa Pentadbiran British, 1922–1940
Main Article Content
Abstract
Amalan berhutang dan bergadai oleh orang Melayu semasa penjajahan British sering kali dihujahkan sebagai faktor yang signifikan terhadap kehilangan tanah. Oleh sebab amalan ini sering kali dilihat dari sisi negatif iaitu kehilangan tanah orang Melayu, tujuan amalan ini sebagai salah satu kaedah memperoleh modal orang Melayu diabaikan dan tidak ditegaskan dalam penulisan-penulisan lepas. Persoalannya, benarkah amalan berhutang dan bergadai ini hanya merugikan orang Melayu dan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kehilangan tanah orang Melayu? Penemuan kajian ini mendapati bahawa amalan berhutang dan bergadai dalam kalangan orang Melayu luar bandar penting untuk kelangsungan ekonomi kerana amalan ini merupakan kaedah penting untuk mendapatkan kredit sebagai modal meneruskan kehidupan seharian. Namun, kekangan perundangan khasnya perundangan tanah dan pengenaan syarat tanaman tertentu khasnya tanaman padi oleh pentadbir British menyebabkan pulangan hasil yang amat rendah kepada orang Melayu, malah tidak mendatangkan sebarang keuntungan pada kebanyakan tahun. Hal ini bukan hanya menyukarkan orang Melayu menjelaskan hutang yang dibuat, malah menyebabkan orang Melayu tidak mampu menjelaskan cukai tanah dan kos-kos lain berkaitan tanah. Natijahnya, tanah diambil alih oleh pemiutang atau dilelong oleh kerajaan. Ketidakcukupan peruntukan untuk tujuan kredit yang disediakan oleh pentadbiran British bagi membolehkan orang Melayu luar bandar berintegrasi dengan permodenan ekonomi memburukkan lagi keadaan ekonomi orang Melayu. Skop penulisan artikel ini bermula pada tahun 1922 melalui pewartaan Cooperative Societies Enactment yang membawa kepada kewujudan Koperasi Kredit Luar Bandar untuk membantu orang Melayu memperoleh sokongan kredit dan berakhir pada tahun 1940 menjelang pendudukan Jepun. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan pendekatan sejarah dan analisis sumber primer. Sumber primer utama yang dirujuk bagi penulisan artikel ini ialah rekod-rekod rasmi British berkaitan dengan Tanah Melayu iaitu Selangor Secretariat File, Annual Report on the Working of Co-operative Societies in Federated Malay States and Straits Settlements, Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Perak, dan F.M.S Government Gazette. Sumber-sumber ini membantu pengkaji memperincikan kekangan yang dihadapi orang Melayu untuk berintegrasi dengan ekonomi moden serta perundangan dan tindakan pentadbir British yang menjadikan orang Melayu sebagai kelompok yang berhutang.
Article Details
Issue
Section

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
References
Ahmad Nazri, A. 1985. Melayu dan tanah. Petaling Jaya: Media Intelek.
Aiza Maslan and Mahani Musa. 2023. Isu tabungan orang Melayu dalam sejarah pengerjaan haji era kapal laut. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 50(2): 92–108. https://doi.org/10.17576/jebat.2023.5002.01
Andaya, B.W. and L.Y. Andaya. 1982. A history of Malaysia. 2nd ed. London and Basingstoke: The Macmillan Press Ltd. https://doi.org/10.1007/978-1-349-16927-6
Annual Report on the Working of Co-operative Societies in Federated Malay States and Straits Settlement. 1937.
Barritt, N.W. 1913. The rice crop in Malaya Federated Malay States (F.M.S) Agricultural Bulletin of The Federated Malay States, vol. 1, no. 1.
Brown, I. 1997. Economic change in South-East Asia, c. 1830–1980. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Cavendish, A. 1922. Co-operation as a subject for study in Malaya. Penang: Pinang Gazette Press, LTD.
CO 438: Annual report on the social and economic progress of the people of Perak. 1922–1939. Perpustakaan Hamzah Sendut 1: Universiti Sains Malaysia. (Microfilm 1488).
F.M.S Government Gazette. 1926.
______. 1929.
______. 1936.
______. 1937.
______. 1939.
Firth, R. 1964. Capital, saving and credit in peasant societies: A viewpoint from economic anthropologhy. In Capital, saving and credit in peasant societies, eds. R. Firth and B.S. Yamey, 15–34. London: George Allen and Unwin Ltd.
Fredericks, L.J. 1973. The impact of the cooperative movement in Colonial Malaya, 1922–40. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 46(2)(224): 151–68.
Gamba, C. 1958. Poverty, and some socio-economic aspects of hoarding, saving and borrowing in Malaya. Malayan Economic Review 3(2): 33–62.
Holderness, B.A. 1976. Credit in English rural society before the nineteenth century, with special reference to the period 1650–1720. Agricultural History Review 24: 97–109.
Jomo, K.S. 1988. Pembangunan ekonomi dan kelas sosial di Semenanjung Malaysia. terj. Shamsul Bahriah Ku Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kratoska, P. 1975. The chettiar and the Yeoman: British cultural categories and rural indebtedness in Malaya. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
Kratoska, P.H. 1983. “Ends that we cannot foresee”: Malay reservations in British Malaya. Journal of Southeast Asian Studies 14(1): 149–68. https://doi.org/10.1017/S0022463400009048
Lewis, D.K. 1976. Rules for agrarian Change: Negri Sembilan Malays and agricultural innovation. Journal of Southeast Asian Studies 7(1): 74–91. https://doi.org/10.1017/S0022463400010274
Lim, C.Y. 1969. Economic development of modern Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Lim, T.G. 1977. Peasant and their agricultural economy in Colonial Malaya, 1874–1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Mahani Musa. 2005. Sejarah dan sosioekonomi wanita Melayu Kedah 1881–1940. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mokhzani A.R. 2006. Credit in a Malay peasant economy. Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn. Bhd.
Nur Najwa Yusof, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus and Noor Ain Mat Noor. 2023. Isu-isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat Melayu Kedah pada suku pertama abad ke-20. Kajian Malaysia 41(1): 263–287. https://doi.org/10.21315/km2023.41.1.13
Parkinson, B.K. 1967. Non-economic factors in the economic retardation of the rural Malays. Modern Asian Studies 1(1): 31–46. https://doi.org/10.1017/S0026749X00000056
Rahman Tang, A. 2018. Transisi ekonomi dalam masyarakat Melayu: Ekonomi wang era permulaan kapitalisme di Tanah Melayu. Jurnal Kinabalu 21: 97–125.
Rahman Tang, A. and Abdul Rashid, S. 2015. Akhbar Melayu dan isu ekonomi masyarakat Melayu dekad 1930-an. Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen UMS) 17: 1–12. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/160
Report of the Rice Cultivation Committee. 1931. Vol. II. 1953. Federation of Malaysia, Kuala Lumpur.
Roff, W. 1984. Kerjasama dan koperasi di Semenanjung 1910–1941, petikan dari bahan-bahan terbitan sezaman. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Selangor Secretariat File 582/1923. Conferences for Malay Officers of the Agricultural and Co-operative Departments. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Selangor Secretariat File 419/1935. Report on the activities of Co-operative Societies Department in the Federated Malay States and Straits Settlements, during 1935. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Suppiah, U. and S. Sundara Raja. 2017. Chettiar capital and the emergence of the Chinese bourgeois in British Malaya. Kajian Malaysia 35(1): 1–21. https://doi.org/10.21315/km2017.35.1.1
Suppiah, U. 2014. History of moneylending during British era: A case study of Chettiars as the major money lenders. https://www.semanticscholar.org/paper/Historyof-moneylending-during-British-era%3A-A-case-Suppiah/6b838421b9de1745
244446ba2b694fe224302fc8 (accessed 27 April 2024).
Swift, M.G. 1964. Capital, saving and credit in a Malay peasant economy. In Capital, saving and credit in peasant societies, eds. R. Firth and B.S. Yamey, 133–156. London: George Allen and Unwin Ltd.
The Land Code, 1926 in Supplementary to the Federated Malay States (F.M.S) Government Gazette 1926.
The Land Enactment, 1911 in A. B. Voules. 1921. The Laws of The Federated Malay States 1877–1920. London: Hazel, Watson & Viney LD.
The Straits Echo. 1925. Malay co-operative societies. 12 August. https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/straitsechomail19250812-1.2.63?qt=rural,%20cooperative,%20credit&q=rural%20cooperative%20credit (accessed 2 March 2024).
The Straits Times. 1926. Perak co-operation. 5 July. http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/straitstimes19260705-1.2.4?qt=rural,%20cooperative,%20 (accessed 2 March 2024).
______. 1937. Malaya’s 80,000 co-operators. 27 April. http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/straitstimes19370427-1.2.126?qt=rural,%20cooperative,%20credit&q=rural%20cooperative%20credit (accessed 2 March 2024).
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. 1937. Times are still hard in rural kampongs. 26 April. https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/singfreepressb19370426-1.2.46 (accessed 3 May 2024).
Ungku Abdul Aziz. 1959. Renchana-renchana ekonomi dan kemiskinan. Singapore: Pustaka Melayu.
. 1964. Poverty and rural development in Malaysia. Kajian Ekonomi Malaysia 1(1): 70–105.
Vlieland, C.A. 1932. British Malaya: Report on the 1931 Census and on certain problems of vital statistic. London: The Crown Agent for the Colonies.
Wong, D.S.Y. 1975. Tenure and land dealings in the Malay States. Singapore: Singapore University Press.