Kajian Arkeologi Terhadap Sejarah Terjemahan Sastera Mahua Moden ke dalam Bahasa Melayu, 1919–2023

Main Article Content

Boh Phaik Ean
Goh Sang Seong

Abstract

Arkeologi terjemahan melibatkan kerja-kerja penyelidikan bagi menjawab semua atau sebahagian soalan 5W1H dan merupakan asas bagi kajian lain yang berkaitan dengan sejarah terjemahan. Makalah ini melaporkan kajian arkeologi terhadap sejarah terjemahan karya sastera Mahua moden dalam bahasa Melayu di Malaysia, dari tahun 1919 sehingga 2023. Karya sastera Mahua moden merupakan sastera bertunjangkan ciri-ciri kemalaysiaan yang dikarang menggunakan bahasa Cina vernakular oleh penulis Cina tempatan di Malaya, Singapura (sebelum pemisahan dari Malaysia pada tahun 1965) dan kepulauan-kepulauan Borneo. Kajian ini dijalankan dari lensa sejarah dan arkeologi terjemahan dengan menjadikan lapan objek kajian yang diutarakan, iaitu “siapa, apa, di mana, apa jenis sokongan, mengapa, bagaimana, bila, dan apa kesannya” sebagai asas untuk tujuan pengumpulan dan penganalisisan data. Untuk tujuan pengumpulan data, strategi penyelidikan tiga peringkat dan teknik rujukan peritek dimanfaatkan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti penterjemahan dan penerbitan terjemahan karya sastera Mahua moden ke dalam bahasa Melayu bermula seawal Disember 1960. Antara tahun 1919 sehingga 2023, sejumlah 654 buah terjemahan karya sastera Mahua moden yang merangkumi genre puisi, cerpen, drama dan prosa berjaya diterbitkan melalui tiga media cetak, iaitu majalah, akhbar dan antologi. Kegiatan ini dikenal pasti melibatkan usaha daripada sekurang-kurangnya 56 orang penterjemah dan 17 buah penerbit yang terdiri daripada penerbit agensi kerajaan/institusi pengajian tinggi awam (IPTA), penerbit swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan penerbit individu. Jenis sokongan yang diterima termasuklah pemerolehan dana penerbitan, penganugerahan dan pengiktirafan. Terjemahan yang dihasilkan memberikan tumpuan utama kepada pengekalan kandungan teks sumber. Tujuan penterjemahan dan penerbitan terjemahan karya sastera Mahua moden dalam bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kaum-kaum lain menghayati sastera Cina tempatan. Sehubungan dengan itu, terjemahan karya sastera Mahua moden berfungsi sebagai alat perpaduan bagi meningkatkan integrasi nasional.

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Boh Phaik Ean, and Goh Sang Seong. 2026. “Kajian Arkeologi Terhadap Sejarah Terjemahan Sastera Mahua Moden Ke Dalam Bahasa Melayu, 1919–2023”. Kajian Malaysia 44 (2): 261-95. https://doi.org/10.21315/km2026.44.2.12.

References

Anwar Ridhwan. 2006. Prakata. In Antologi terjemahan puisi Mahua: Salam Malaysia, eds. Chong Fah Hing and Chan Yong Sin, ix–xv. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

______. 2015. Kata pengantar. In Antologi cerpen: Misteri pahatan, ed. Yuen Boon Chan, vii–xvi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ayob Yamin and Yang Quee Yee, ed. 1988. Antologi puisi Mahua: Titik nuansa. Selangor: Dewan Perhimpunan China Selangor.

D’hulst, L. 2010. Translation history. In Handbook of translation studies, eds. Y. Gambier and L.V. Doorslaer, 397–405. Amstermdam/Philadelphia: John Benjamins Publishing Company.

Ding Choo Ming. 1977. Prakata. In Drama Mahua: Perempuan yang memecahkan cermin, trans. Ding Choo Ming. Selangor: Bulanan Penuntut.

Fang Xiu. 1972. Mahua xinwenxue daxi - lilun yiji (Koleksi sastera mahua moden - siri teori 1). Singapore: World Book Company.

Genette, G. 1997. Paratexts: Thresholds of interpretation. Cambridge: Cambridge University Press.

Gerber, L. 2008. Building bridges, building a bibliography of Australian children’s fiction in German translation 1854–2007. New Review of Children’s Literature and Librarianship 14(2): 141–157. https://doi.org/10.1080/13614540902835186

Goh Thean Chye. 1975. Modern Chinese literature in Malaysia and Singapore: A classified bibliography of books in Chinese. Kuala Lumpur: Syarikat Penerbitan Hon Hong.

Holmes, J.S. 2004. The name and nature of translation studies. In The translation studies reader, ed. L. Venuti, 180–192 (2nd ed.) New York & London: Routledge: Taylor & Francis Group.

Lim Chuan Boon. 1988. Prakata. In Cerpen pilihan Mahua: Mala Adan, trans. Lim Chuan Boon, vii–viii. Kuala Lumpur: PERSPEKTIF.

Lutfi Abas. 1980. Pengenalan penterjemah. In Cerpen Mahua: Anakku, harapanku oleh Yuen Li Fung, trans. Teng Shin Min, 3–5. Petaling Jaya: Syarikat Penerbitan Universal.

Muhammad Haji Salleh. 1971. Puisi Tionghoa. Dewan Sastra 1(8): 38. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Munday, J. 2016. Introducing translation studies: Theories and applications. 4th ed. London & New York: Taylor & Francis Group.

Othman Puteh. 2000. Kata pengantar. In Cerpen pilihan sastera Mahua III: Dalam hujan renyai, ed. Lim Chuan Boon, vii–xxiii. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pegenaute, L. 2018. Translation and cultural development: Historical approaches. In The Routledge handbook of translation and culture, eds. S.A. Harding and O.C. Cortés, 177–195. Oxon & New York: Routledge. https://doi.org/10.4324/9781315670898-10

Pym, A. 1998. Method in translation history. Manchester: St. Jerome.

Santoyo, J-C. 2006. Blank spaces in the history of translation. In Charting the future of translation history, eds. G.L. Bastin and P.F. Bandia, 11–44. Ottawa: University of Ottawa Press. https://doi.org/10.2307/j.ctt1ckpfkh.5

Tahir-Gürçağlar, Ș. 2002. What texts don’t tell: The uses of paratexts in translation research. In Crosscultural transgressions. Research models in translation studies II: Historical and ideological issues, ed. T. Hermans, 44–60. Manchester & Northampton: St. Jerome.

Umar Junus. 1971. Puisi Tionghua. Dewan Sastra 1(2): 45–47. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Woodsworth, J. 1998. History of translation. In Routledge encyclopedia of translation studies, ed. M. Baker, 100–105. London & New York: Routledge.

Yang Quee Yee. 2000. Perkembangan kesusasteraan Mahua moden 1919–1965. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

______. 2014. Himpunan makalah kebudayaan Cina-Melayu. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian Chinese Studies.

Zhuang Hua Xing. 2006. Mayi huawen wenxue: Wenhua zhuti renzhi de jiedu (Terjemahan sastera Cina ke dalam bahasa Melayu: Tafsiran tentang kognisi budaya). In Mianyan: Dama Yichuanghui Huiyuan Wenji (zhongwen er). (Terentang Panjang: Antologi Karya Ahli Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia), ed. Zhuang Hua Xing. Selangor: Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif.